Tuesday, October 21, 2008

DemiMu Ilahi

Rasa perut cam buncit pulakss...makan byk ker, terlebih portion rasanya makan kat red oven tadik...hmm...hidup yang berubah...sejak aku pindah wangsa maju, memang banyak perubahan dalam hidup aku...hih..ntah banyak sangat..mcm2 klau nak list down...sampai skang aku still rasa..
Tenang ajer ar perasaan ni klau lepas tgok kasih iftitah. Watak2 utama baik2, hati baik, hidup berlandaskan ajaran yang baik...sememangnya sangat membantu aku memotivasikan diri. Ah. Besh.

'Azrai, sy tak mungkin setenang awak!' ..hah, aku pun tak mungkin setenang tuh, klau hampir disepak dari boardroom sedang mungkin nak dapat jawatan CEO!.

Tapi dah tak gila jawatan, tenang ajer la dia. Hidup berlandaskan prinsip, tak pentingkan diri puns, tak kejar sesuatu gila2 untuk diri dier sendrik pun. Cey ~terharu tgok part ayah dier ckp, agak bersalah la ayah dia halang dia dari pegi Al-Azhar dlu...

Respek2, jelas nampak watak berlembut dalam banyak hal, namun berkeras apabila sampai soal Islam.

Ain tuh pun watak yang bagus...

'Dari kecik sy diajar untuk ikhlas, saya cintakan Azrai pun ikhlas, tak perlukan apa2 balasan..' Amek ko Dina, cam hampehs je, saje jahat hasut2 orang. Orang ikhlas sukar digoda.

Walaupun memang Ain agak digoda. Yole pompuan mana tak sakit atie tgok tunang ngan pompuan lain tak? Namun ain masih berpegang pada prinsip. =]

Apenye la aku dok jadi pengulas nih....Aku rasa post2 aku kebelakangan ni agak selfish, untuk diri aku sendrik...Bila aku rasa lemah, aku menulis dengan lebih banyak kadang2, untuk merasuk diri aku ke arah lebih positif, dan tidak terinjak dengan panggilan dunia lagha.

Aku rasa aku jauh dari Allah 2 3 menjak ni...Allah tak jauh dari aku, aku masih rasa diprotect, dan Dia ada dengan aku. Tapi aku yang lari sikit 2 3 menjak ni.

Sesungguhnya aku tak pernah lupa akan Mu Ya Allah. Jangan pernah Kau tinggalkan aku, walaupun sekejap. I'm on my way, untuk kembali meresap dan mabuk dengan kasihMu...bukan dengan kasih sayang dunia semata-mata...Sungguh aku menyedari sesuatu. Bawa aku kembali padaMu, kerna hanya padaMu, aku berasa selamat dan berasa kasih sayang yang tiada terhingga, dengan perlindungan yang tiada tara. Aku tak mampu yakin melangkah dalam sehari, jika aku berasa tidak berada di bawah naunganMu.

Berbalik pada watak Azrai dan Rudy. Jika skali Rudy try hidup macam Azrai, mungkin Rudy tak ingin kembali lagi kepada watak lamanya. Masalahnya dia tidak pun ingin, dan dia tidak pun mencuba. Jadi dia tak tahu.

Itu Rudy. Namun bagi kebanyakan kita, kita tahu, kehidupan mana yang membuat kita aman dan bahagia, jalan hidup mana, yang membawa ketenangan pada kita. Namun kadangkala, terjatuh dan tergelecek jua sepanjang berada di jalanNya.

Ya Allah, tolong penuhkan dada ini dengan rasa cinta padaMu. Ya aku berdosa, kerana sungguh aku mengaku, aku sendiri yang mengotorkan kembali hati ini, dalam mana aku sedang berusaha untuk menyucikannya. Perkara baik dan tidak baik itu sukar untuk bercampur secara sekali. Kerana yang baik pasti menjauhi yang tidak baik.

Namun sekali lagi aku belajar, self discovery, tentang apa yang membuatkan aku tidak tenang. Semoga salah ini membuatkan aku sedar, jangan lagi mengulanginya.

Ya aku bernafsu, seperti nafsu yang diletakkan pada setiap watak yang aku create dalam game THE SIM. Ada yang bernafsu dengan seksual n romance, ada yang bernafsu dengan intelek, ada yang bernafsu dengan keluarga. Dan untuk menang game ni, aku perlu ikut telunjuk dunia, ya- penuhkan nafsu2 mereka, so u will get more point.

Dan aku percaya, Kau Ya Allah, yang telah menciptakan diriku, pasti telah meletakkan aku bernafsu di celah mana. Hanya Kau yang tahu, dan mungkin aku sedikit tahu, takkala aku make my own self discovery. Dan peraturan dalam permainan Mu, if we want to get more point, kekang nafsu itu. Dan lakukan sesuatu, berdasarkan tinggalan kitab agung Mu dan sunnah rasulMu.

Aku berdosa, kerana terlampau mengikut nafsuku. Aku mohon ampun,padaMu. Aku mohon Kau bantu aku menyucikan semula hatiku. Jihad paling besar adalah jihad melawan nafsu. Aku lupa, mungkin kerana aku terlampau asyik dengan THE SIM, hanya melangkah mengikut peraturan dunia.

Kalau bleh wat game, makin kekang nafsu, makin tinggi point? Heh, mungkin ia boleh membantu memotivasikan para remaja. Mungkin... =]

Ya Kami Remaja,
Remaja yang menjengah dewasa,
Tahap berada,
Boleh berbuat apa saja,
Atas kebebasan yang dicita...
Sudah mampu berangan,
Dengan kehidupan apa yang ingin dicipta,
Ya Kami Muda,
Dan kami mohon,
Di usia muda ini, baiknya amal kami padaMu Ya Allah,
Jadikan jiwa kami sedar,
Di saat muda ini,
Tahap kesihatan kami baik sekali,
Kekuatan kami kencang sekali,
Untuk berjuang hanya pada agama kami..
Sesungguhnya,
Biar keras hati,
Namun Kau saja penciptaNya,
Kau mampu mengolah alik,
Apa saja ciptaanMu,
Dengan itu kami pinta,
Jadikan hati kami,
Selembut2 ciptaan,
Yang selalu tertarik pada keesaaan,
Ya KeesaanMu,
Dan sanggup berbuat apa saja,
DemiMu Ilahi .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home