Wednesday, October 29, 2008

Apa itu rindu?

Post ini mungkin panjang :)

Nak titon nih, sepatutnya aku wat menda len, tapi aku gi sembang ngan akma pulak pasal menda2 opis...serius keras jek bunyi nya...haishh...slow down skit aszifaris...dont get too serius dengan isu2 camnih....tapi nak wat camne eh, aku memang XXXxxme.

Kot akma cam ja lain la jugakk...Jgn bukak cerita la ngan aku, kang aku kasik byk teori yang telah aku untai dan karang. Klau takder isu sensitiviti, dah lama dah aku tulis.

Pegi menda ringan la, kasih iftitah...heh. X besh. Ain ni baik sangat. Suppose too, klau nak memiliki, x yah trigger puns citer nazirah tuh Ain. Biaq je, memang org cam Azrai tuh akan stay je ngan mu. Tapi klau dah nak kasih yang tulus suci - Yang memang - Ya, HANYA AIN! Tiada yang lain, so its good to bangkitkan. Puas hati. Lega pun rasa. Klau aku maybe aku wat menda yang sama ngan Ain. Maybe...

Tul la cakap Ain, Azrai tak salah puns. Perasaan nak tauk mana. Aku malaih dah tgok citer yang "Sanggup awk buat kat saya camni?" .sib baik citer ni x camni.uwa..uwa...cube tabah skit cam Ain. Nangis sorank2 dah la...Senang buang ja Azrai tuh, pandang saja, dugaan dari Allah, Azrai penyampainya saja. Cukup dah titik. Hmm, tapi Azrai, x leh la pikiaq camtuh, dier kena menginsafi sifat dan sikap dia. Ain layak pikir, ok - takde jodoh. Azrai kena pikiaq dalam skit.

Klau sungguh putus tunang. Kagum la dengan Ain. Tabik. Bersenang hatilah kerana ketabahanmu. Kalau suatu menda tuh milik kita, lepas camna pun datang balik kat kita. Kalau dah bukan ~~! Apa saja ~ Tetap bukan ~~! ...

Biar apa saja yang pergi. Pasti. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Itu satu keyakinan lagi, yang seharusnya aku pupuk dalam diri aku. Sebab aku cepat risau dan menyalahkan diri sendrik salu. Selalunya, skang kurang skit dah sikap tuh, improved!. Jadi insafilah Aszifa Aris, jika sesuatu itu milikmu, milikmu jua. Sesuatu yang hilang darimu, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Untuk setiap langkahmu yang disertai hujan, bayangkan saja ada pelangi indah yang menanti.

Arini kat opis biasa2 jek la, kija pun besa jek, sempat gak aku melepak ngan ida tadik kejap, masa kami minum kat pantry sambil baca paper. Ntah aper citernya, ida ty aku, apa itu rindu?

Cukup soalan tuh yang aku dengaq..terus dalam kepala aku,


Is rindu = ingat ?

Dlu aku ingat, aku penah msg kat kawn aku sorank ni,~aku ingat dia. Dia balas, huh ~ rindu ar tuh.

Tapi tak, aku bukan rindu, aku ingat ja. Tapi suka ati ang la nak tafsir camna. Org cakap tanak dengaq. gege.

Then, beberapa thn pastuh, ada org msg aku ~ dok ingat kat jie pasepa tatau. Aku reply ~ rindu ka? ~ X - ingat ja.

Rasa kelakar lak aku jawab kat ida tadi. Rindu tuh rasa senak kat hati. Ingat tuh ingat.

Ya, mungkin itu bezanya. Ingat x semestinya rindu. Dan rindu memang kerana ingat. Bermakna, Ingat boleh membawa kepada rindu. Namun ingat tak semestinya rindu. Rindu, perlu diubati. Kalau tak rasa senak tuh tak hilang. Tak keruan jadinya klau rindu. Ingat hanyalah ingat. Tapi rindu tuh cam satu menda yang wujud, yang membuak dan perlu disalurkan keluar. Ia tersalur, mungkin dengan pertemuan dengan yang dirindui, dengan alunan suara dari yang dirindui, dengan apa2 je la.Pandang bumbung rumah pun ok kot? haha...

Hmm..

Opis ni memang a part of life kan. Dah banyak spend masa kat situ. Kawan2 kat situ. Cerita puns kat situ. Tetiap ari ngadap rakan2 sekerja. Terlanjur masuk bab ni. Aku terrelate dengan buku yang aku baca masa aku thn 2 dlu. Buku ni aku baca untuk assignment munakahat aku - hak2 wanita dalam Islam.

Aku tak score pun assgn ni. Pueh aku nangis kat Dr Asri tanak naik jugak grade aku. Tapi aku tak kisah pun la, aku dah usaha cukup la. Tapi sebab assgn ni la, ia ubah lagik satu sudut pandangan aku tentang wanita, dan Islam.

Aku suka wanita bekerjaya eh. Dari dlu lagik. Then dalam buku ni ada disentuh pompuan klau gi kija, antara satu masalahnya,Global skit eh korang kena pikir, pikir besaq2 skit,Pikir tentang tarikan lelaki pada wanita, tarikan wanita pada lelaki.

Dlu time2 stadi, bila aku tgok greys anatomy. Eh korang ni gi kija ker, gi wat aper weh kat opis? - X paham, kija2 la kan..

Then bila dah kija, de kawan aku nih, tapi bukan opis aku la ek, sumer citer kat bawah ni bukan citer opis aku skang. Opis aku dlu ader. Dier kawan dengan husband org. Mendalam sungguh la ceritanya. - X paham jugak. Ada satu masa ni, de kakak ni, cerai ngan husband dier, then kawen ngan hmm, satu opis gak. Skandal.

Then ade abg ni, suka dok ho-he ho-he, klau list YM tuh jgn soal la banyak giler nama pompuan, and wife dier de kat jabatan sebelah je sebenaqnya. Cam dier tatau kisah husband dia camtuh..hmm... x-paham jugak aku time tuh.

Dlu aku bace DCKK je katt paper. Sukar nak caya kisah2 camni. Namun skang real la. Aku paham. X perlu aku hurai panjang. Tapi aku paham kenapa masalah2 camni bleh terjadi walaupun kalau dah berpunya.

Berbalik pada buku yang aku baca beberapa tahun lepas. Soal wanita bila kuar rumah, soal tarikan, soal aurat, soal dok wat kija berjam2 bersama2 kat opis. Sampai conclusion dier, lebih baik sebenaqnya wanita tuh dok umah..(kurangkan perlanggaran zarah ler ni).haha, manakan aku stuju time tuh. Tapi skang? no komen. Ada benarnya, ada baiknya wanita dok umah.

Namun at one side, klau suh aku dok umah, aku pun tak mampu. Sebab aku berada di zaman ini. Jadi, perlu lebih kuat la kan dalam menghadapi semua yang mendatang.

Saja aku merenung balik menda2 yang aku tak paham dlu. Skang dah paham la.Terlintas pulak~

Berbalik pada rindu tadik, pasti ada satu masa hati ronta2 rasa nak ngaji, rasa nak solat? Jelas tampaknya, hati kita rindu pada kekasihnya, Allah yang satu, dan perlu disalurkan rasa rindu itu, melalui ayat2 suciNya, melalui sujud padaNya. Sejurus... hati menjadi tenang. Setelah rindu itu telah dilepaskan.

Ingat, x semestinya rindu, namun ingat, boleh membawa kepada rindu. Semoga, kita sentiasa ingat pada Allah, dari ingat, semoga bertambah rindu padaNya, dari rindu, semoga terzahir dalam kata-kata, perbuatan, dan penantian sebenar, untuk bertemu, bertemu dengan kekasih sebenar ini, di suatu hari.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home