Monday, September 01, 2008

Dalam kelam aku merenung,
Sungguh aku telah lupa sesuatu,
Kerana aku telah meninggalkan sesuatu,
Sungguh aku hanya insan lemah...

Bila dalam senang,
Kita selalu mudah melupakan Allah,
Bukan lupa akan rahmatnya,
Namun lupa untuk mencintai Dia dengan setulusnya...

Bila hati tidak dilatih,
Ia akan menjadi sangat letih,
Kerana dia ingin mencinta,
Hanya pada yang patut dipuja...

Bila ia suram dari itu,
Ia jadi tidak bersih,
Kasihan dia,
Dalam kelabu,
Namun masih perlu terus berfungsi..

Ya Allah,
Ampunkan aku...
Kerana sebentar aku lupa untuk taksub dan takjub hanya padaMU..

Aszifa Aris,
Jangan pernah lupa,
Rakan yang baik memotivasikan dirimu,
Al-QUran itu penasihat utamaMu,
Lagu berhikmah mengingati Allah itu,
Hiburan santai yang sangat membantu,
Renungan malam yang tajam itu,
Menginsafkan dirimu,
Puasa itu menjinak nafsumu,
Berusahalah,
Untuk menjadi lebih baik dari semalamnya,
Namun jika hari ini menjadi lebih buruk dari semalamnya,
Masih ada masa untuk menyucikannya,
Asal sedar,
Dan membuat tindakan,
Wujudkan persekitaran yang membina,
Buat dirimu,
Yang hanya lemah dalam mencari kasih sayangNya.....


Sekali lagi aku mohon Redha dan KeampunanMu, Aku pohon agar hati ini sentiasa memujaMu!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Amiiiinnnn.....

9/01/2008 1:52 PM  

Post a Comment

<< Home