Thursday, August 07, 2008

Rasa dan perasaan

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum TuhanMulah kesudahan(segala perkara); Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang menyebabkan(seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan(seseorang itu berdukacita) menangis. Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan.An-Najm : 42-44

Pernah suatu ketika, kita dihadapkan dengan suatu situasi, di mana orang lain bersedih akannya, namun kita masih tegar dalam menahan tangisan, ketika orang lain sakit hatinya, kita berada dalam tiada perasaan. Milik siapa perasaan-perasaan ini?

Ada ketika, seorang berasa sangat gembira melihat kucing comel dijalanan, sedang yang satunya, tiada jua berperasaan. Ada ketikanya, ada ketikanya, setiap ketikanya, kita dihadapkan dengan pelbagai perasaan...

Milik siapa perasaan-perasaan ini? Siapa yang paling berkuasa dalam meletakkannya pada kita?

Mengapa setiap dari kita berbezanya perasaan...Untuk apa? Aku seringkali takjub, dengan perasaan yang melanda manusia. Terlampau banyak seninya...

Allah meletak rasa sedih buatku,
Agar aku kelak menghargai rasa bahagiaku,
Allah meletak aku rasa sedih,
Untuk menguji daya dan kekuatanku...

Allah meletak aku rasa bimbang,
Supaya aku menukar bimbang itu kepada doa,
Allah meletak aku rasa risau,
Supaya dengan doa,
Aku bersandar padaNya,
Akan segala....Akan segalanya...

Di sana aku faham akan apa ertinya keyakinan,
Pada suatu yang tiada jaminan,
Cuma bersandar pada 'doa itu senjata orang mukmin'

Doa itu harapan,
Senjata itu ibarat pedang pelindung,
Yang dibawa melindungi diri,
Ketika berperang risiko membawa mati,
Mukmin itu,
Islam lagi beriman...

Ah, sangat berdefinisi...
Rasa, rasa dan rasa,
Sekali lagi aku ulang,
Tiada kita sakit,
Kerana apa yang berlaku,
Tapi kita sakit,
Kerana apa yang kita rasa..

Tiada kita gembira,
Kerana apa yang berlaku,
Tapi kita gembira,
Kerana apa yang kita rasa...

Yakinlah,
Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang menyebabkan(seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan(seseorang itu berdukacita) menangis;
Segunung besar apa yang dirasa,
Hilang bagai debu lesu,
Di bawa angin lalu,
Pabila Allah mengambil tahu...





0 Comments:

Post a Comment

<< Home