Thursday, August 21, 2008

Hadeh, comel2nya anak menakan aku...

Laptop aku ni senget la, cam tak sedap skit nak menaip ni, klau bli keyboard sambung kat laptop ni, sedap skit kot nak menaip. Nantila akan dipikirkan. Laptop ni saiz dia memang kecik, tapi klau menulis blog tuh tak sedapla plak bila saiz kecik. Aku lagik suka pakai laptop compaq kakak yang besar gedabak tuh, biaq senang nampak semuanya..haha...dan akan semakin sukalah menulis kat pc lama aku sebab monitor lcdnya. Nikmat betul dunia ni. Pakai monitor lcd pun terasa nikmat. =]

Tadi aku hilang konsentrasi, jiwa aku dah takleh nak tenang dan takleh nak terimbang. Ni mesti terhumban dengan perasaan2 yang ntah apa2 la ni. Aku baca sat buku bila cinta bertasbih episod 2. Alhamdulillah, episod satu dah tamat aku baca. Baca punya baca –ah tipula! X leh concentrate pun, tipu, tipu, hati aku takleh terima apa pun nih, cam seolah2 ada menda yang tak setel. Dah, maleh lagik aku nak baca, cukup sampai jelatek, pap aku tutup buku, aku duk wat bodo jerk..

Dah tak baca buku, tengok org membaca je la...ada mamat ni, duk sandar kat hujung skalik, means depan aku je la, sebab aku memang ske duduk hujung skalik. Aku tak nampak tajuk, tapi aku intai2 sampai nampak gak..kiki...klau dia sedaq aku dok nak tgok dia baca apa khusyuk sangat tuh mesti dia nak gelak. – Tokoh Sufi – Penyelewengan Akidah - .Klau tak salah aku...then dah lama skit, dia bukak beg, simpan buku tuh dalam beg, dier wat keluar satu buku kuning, nampak cam kitab. Mak aih, baca kitab dalam train...Taknampak sangat pun tajuk, nampak pekataan Al – Bukhari jek. Tiba2 lak aku senyum sorank2 dalam hati. Ntah ke mana-mana melayang plak pikiran aku. Nampak biasa, tapi rajin baca kitab, bagus2...hiks..

Sampai umah tak tenang2 lagik, apa menda la ni, sembahyang magrib pun tak khusyuk. Aku nak sambung isyak, tapi tak sedap ni, tak tenang. Means ada something wrong aku wat salah kat diri aku sendrik. So aku kembali ke laptop. Aku tulis balik semua yg aku rasa. Oops ada menda, memang ada menda, yang aku tak patut rasa, tapi aku biar aku rasa dan serabutla kejap. So aku pantau2 sat website mana2 yang bleh jawab menda ni. Takde pun yang pasti, lepas tuh aku teringat aku de satu ayat aku baca semalam. Tapi tak tenang lagik rasanya...

Tv ni memang aku biar terbukak, malam ni biar siaran Al-Quran kat tv1 ni jela..sementara aku menulis / membaca ni aku jenguk2 gak tafsir ayat quran yang sedang berkumandang kat tv tuh.. dan ada satu ayat yang menyebut tentang syaitan, dan bisikan. Aku tak quote ayat full tapi maksud dia cam Dan tiadalah bisikan itu akan terkesan pada orang yang dibisik, melainkan dengan izin Allah. Jadi, walau apa saja, mintalah perlindungan daripada Allah.

Hah, aku jadi ok kembali. Bleh tarik balik diri aku ke pemikiran yang waras. Baru aku rasa lapaq.....aku kol ja, dia nak balik ker belum? Klau balik tak lewat sangat, nak suh bli kan makanan kat kedai depan lrt tuh. Ja cakap dia lewat balik – ‘Masak la jie’ ..ah ada2 ja makcik ni, dah tau aku bukan jenis masakkk...eih2...ja memang cam nenek, suka berleter...hahaha, aku kutuk dia di blog aku sendrik. Penah skalik, masa kat umah, masa tuh tie, adik ja ada kat sni, aku cakap kat tie , depan ja jugak...ja ni suka berleter ar...ada jaaa laaa.........

Owh, dia memang suka berleter rupanya dalam famili dia bak kata tie. Aku reserve diri aku untuk menerima leteran hanya dari kak linda sebenaqnya. Contoh2 leteran yang berbau nenek – jie , jangan balik lewat sangat, nanti..222...- jie, jaga diri, klau kawan dengan orang2 bangsa asing, nda tgok berita tadi, depa duk pass2 barang blablabla....nda risau la,,ishih ya, memang peringatan, tapi cara yang leteran gak laaa....argh argh argh..

Lepas mandi, semayang, aku pi masak gak akhirnya..haha, sebab aku memang lapaq. Aku masak sayuq dengan telur , dah yang tuh je pun yang ada. Sedap gak aku masak ni, kweng2...sah bangga ja tgok aku yng malas masak ni masak...Dia takyah tau pun la . Ni tak balik2 lagik pun. Memang sah banyak kija la tuh kot.

‘Ja nak kawen la jie’.

‘Bila?’

‘Tahun depan’

‘Hmm, elok la tuh, jie tahun depan lagik satu la, ja dlu lah. Dengan sapa ja?’

‘Ha tu la, calonnya tak tau lagik’

Ha, ha, ha aku gelak, ja pun gelak...gelak kat diri masing2 sebenaqnya. Merancang nak kawen, tapi calonnya takdak...kiki.

Ada la satu ari tuh, dia cakap dia nak kawen. Bleh la . klau dari segi emosinya, sudah agak matang, dari kerja rumahnya, memang dah matang pun. Tetiap ari seblom gi kija, mesti jemur kain, sapu rumah dlu. Balik malam, penat pun, akan sapu jugak...pastuh klau ada lauk lebih, dier akan masak nasik. Taknak membazir lauk dia kata. Cuma aku takleh bayang la plak, isteri orang asek layan you tube tgok citer korea /jepun tetiap malam...kiki. tapi ni time single. Bila dia dah kawen sah dia wat menda lainnyaa...x layan you tube, tapi layan suami...wahaha..

Tapi ntah dia nak kawen ngan sapa. Aku de jugak berdikusi dengan ja bab2 gini. Komen ja, ‘ja yakin dengan doa ja, ja yakin dengan usaha tuh’...........macam ayat novel la plak. Tapi ni bukan novel, sahih dia yang komen gitu. Aku malas nak komen, sedang aku pun ada pendirian aku sendiri dalam bab2 gini. Bab jodoh ni tak kurang kompleksnya. Kompleks jika tiada keyakinan yang utuh akannya.

Penah Ja sentuh – ada orang cakap, doa tuh doa lah, tapi kena usaha jugak. Monolog aku lagik, dan satu persoalan yang Ja timbulkan jugak. USAHA yang bagaimana ni...? Selalunya nasihat yang diterima, kenal-kenallah, sms-sms lah, jumpa-jumpa lah...kenal2 dlu...Aku tau la Ja takdenya dia suka bab2 gini...So penasihat tuh buang karan je la.

Mencintai manusia tu memang boleh menimbulkan rindu yang membuak. Dan rindu pada yang bukan milik kita, adakah ia halal? Takkala berlaku pertembungan antara 2 pihak, iaitu lelaki dan perempuan, yang ketiganya siapa? Adakah ini semua termasuk dalam USAHA yang sering dimaksudkan?

Namun ini semua seolah2 kebiasaan, dan mereka yang menolak dari melakukannya dianggap asing, di tengah2 kebiasaan yang boleh dipertikaikan. Dan disni aku berdoa, semoga dijauhkan lagik dari ajakan2 yang ke arah itu. Diharap pihak2 tertentu faham, akan apa yang aku cuba sampaikan. Aku hanya insan yang lemah, mudah terarah untuk berasa terikut dengan persekitaran. Namun aku juga memohon sedikit ruang, dan agar diberi peluang, untuk memperbaiki kualiti diri aku sendiri. Dan jelas, aku tak mampu commit macam tuh, hati aku tolak, hati aku rasa tak tenteram. Entah mengapa 2-3 menjak ni, ini salah satu topik yang bermain di hati. Ada desakan, untuk improve bab ini, jika aku betul sungguh ingin menjadikan buku perjalanan hidup aku suatu buku yang berkualiti.

Rindu pada manusia ini memabukkan jiwa, mabuk perasaan ini membunuh ketenteraman hati. Pantau saja diriku yang pernah menderita jiwa, jiwa2 yang sedang mabuk bercinta, mudah saja tak keruan, mudah saja timbul cemburu buta, mudah saja sakit hatinya,mudah saja, mudah saja...dan bila bercelarunya jiwa, maka datanglah syaitan mencelah...dan membisikkan yang entah apa-apa. Apabila sudah tiada waras, maka nafsu akan semakin sukar dikawal...lalu,

Hati selalu resah,

Nafsu luar kawal,

Syaitan datang kerap melawat jiwa...

Lalu diri ini menjadi apa? Seolah menzalimi diri sendiri, dengan membuka ruang, untuk memudahkan unsur2 negatif itu masuk. Aku tak ingin lagi, merosakkan hati aku sendiri, kerana itu bermaksud aku merosakkan diri aku sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota”

Aku selalu menyingkap, di mana salahnya aku, aku selalu menyebut tentang tunjang, akar, root cause, akan masalah2 ketenangan jiwa yang aku alami. Dan ini salah satu jawapan yang aku temui. Usah melawan fitrah hati. Itulah hujah aku, tentang kerosakan satu bab dalam sebuah buku, yang boleh mempincangkan kualiti sebuah buku.

Uiks, cukup saja, jangan terungkai lagi rahsia.Puas aku menulis dalam ayat putar belitnya, supaya ia hanya difahami, bagi yang betul2 berfikir untuk memahami. Saper nak kawen ngan Ja, dia tua lagik darik aku, dia umo 25 tahun dah. Sememangnya dia dah layak kawen. Semoga Ja berjumpa dengan jodoh yang sesuai dengannya. Ada debat, nak tgok debat...


2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

elelele comelnya anak mama..comelnya aidid firas hehe..kakak teringat masa matrik dulu kakak ada tanya sorang kawan ni..dia mmg bagus n alim..nama dia kak ida..la ni dah jadik doktot agaknya...kakak tanya lebih kurang camnih.."k.ida, kalau kita minat kat orang tu apa usaha kita boleh buat?" k.ida jawab.."kenala sentiasa doa mintak pada Allah"...kakak tanya lagi..yang tu je ke yang kita boleh buat k.ida?...k.ida jawab.."ye..yang tu je" :-)

8/24/2008 2:03 PM  
Blogger aszifa_aris said...

Hah, so cute this comment! Semoga kita tidak terkonpius dengan usaha yang sepatutnya !=]

8/25/2008 10:34 AM  

Post a Comment

<< Home