Friday, August 15, 2008

Apa kau perlu penjelasan, mengapa aku sebegini dan mengapa kau sebegitu?


Darjah 3. Dalam perjalanan ke kubur abang syam. ‘Ma, peninglah, tak boleh baca buku dalam kereta ni’

‘Jie cakap pening, sebab tu peningla, buat dulu, lama-lama ok’ – ‘boleh, lama-lama biasa’. Aszifa Aris anak yang taat, apa saja mama cakap dia pecaya, dia ikut.

Aku penin sat tadi dalam train, mungkin bab buku tuh agak berat. Atau aku yg memberat-beratkannya. Sudah pasti, sebab aku baca buku Habiburahman El-Shirazi lagi, pasti sindiran halusnya tajam, penuh berhikmah, dan menusuk dada, mencengkam jiwa.

Ini untuk firas dan fahim, semoga mereka menjadi golongan yang banyak membacanya. Kerana membaca itu sumber ilmu. Kerana membaca itu seolah2 menjelajah ke masa lalu, mengambil hikmah dari kesalahan dan kesilapan orang lain. Kerana membaca itu seolah2 menjelajah ke bumi lain, seperti aku di Malaysia, menjelajah sebentar di Cairo. Kerana membaca itu membuat kita faham, akan perasaan dan suka duka kehidupan. Seolah satu jiwa yang meresap ke jiwa yang lain, cuba memahami situasi dan keadaan sukar orang lain. Satu buku itu, merupakan satu pelaburan termurah, dalam memastikan kehidupan yang kaya-raya jiwanya.

Masa aku form 1, mama bagi buku – menuju ke menara gading. Aku baca, sehari2 aku baca, dalam bas aku suka baca masa nak pegi sekolah. Tapi aku tak paham apa-apa, kerana buku itu terlampau dewasa buat jiwa aku yang masih terlampau kanak-kanaknya. Namun buku itu jua, yang mengingatkan aku, tentang kepentingan untuk sentiasa membaca. Mama banyak membaca. Bilik mama dengan papa memang banyak buku. Sebelum tidur, mama baca buku dulu. Mungkin itu merupakan satu ikutan kami sekalian. Kakak memang suka baca buku, dia suka tampal2 kat dinding. Sebab mama pun memang suka tampal kut. So jie pun jadi suka menampal. Kak linda suka tampal2..tapi klau jie ngan kakak ada, kak linda lagik suka jie ngan kakak tolong tampal kat dia kot. Haha..

Langsung, aku bercerita tentang membaca, namun topik asalnya adalah KELUARGA. Kebanyakan kita terbentuk dari KELUARGA. Kebanyakan kita membawa perangai dan sifat dari KELUARGA. Jadi untuk membina sesuatu yang baik, jangan hanya berkata-kata, namun amalkanlah dalam KELUARGA.

Dari KELUARGA aku melompat pada perbezaan manusia.Dan apabila kita berasal dari KELUARGA yang berbeza, akui saja kita berdua berbeza pada dasar dan dalamnya. Jadi mengapa perlu timbul persoalann...Kenapa dia ni macam ni? Lain sekali perangainya? Jauh berbeza dengan aku!

Setiap dari kita , ada samanya, namun tetap berbeza. Terimalah , seadanya perbezaan itu. Jangan terlampau mengukur, mana yang lebih baik, aku atau dia. Kerana kita semuanya sama pada pandangan Allah. Kita berada dalam keadaan yang sama, bumbung yang sama, teropong yang sama, tapi meneropong lain hala.

Ya , jelas sekali, kita sama, tapi tetap berbeza! Itulah topik yang sebenarnya dengan penjelasan, atas sebab mengapa aku dan kau berbeza!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home