Saturday, July 19, 2008

Di bawah naungan cinta

Sorang2 je ni, tgh online sambil tengok tv, ni dah kuar duit sendrik wat suma menda ni baru rasa nak hargai sesuatu. First day dapat tv, cam org tak penah tgok tv,,waahaha…dok ja depan tv tu, tanak tutup2…

Ja, mak dier ngan kawan baik ja tido sni kan…sampai esok. Skang derank gi kedai runcit nak bli aper ntah…smalam dah gi kedai runcit bli dapur, so pagi tadik da stat masak kat umah la. Tapi bukan aku masak pun, mak ja yang masak…aku makan jaa..hikhik….pastu balik makan lagik..besh nya rasa idup yang terjaga ni…ni klau dak asek jaga diri sendrik ja, sampai jugak ke tahap yg kadang2, rasa terlampau penat…

Tadi gi kelas lewat lagik, uwaaa..sangat jahat, salu gi lewat,,sok, nak gi kul bapa, ntah2 lewat lagik, kerap sangat lewatnya…sok gi awailahh..nak gi awaii…

Nak cerita apa, tadak apa pun, suma cita merepek2 jaa…Cuma aku tgh cool down everything, slow down my lust towards what I like…Masa kat kelas tafsir tadik, rasa terasa bila ustazah cakap, hanya binatang, yang mempunyai keinginan yang tiada batasan..nak, dan nak lagik, kita manusia jangan sesekali menjadi sebegitu. Jangan sesekali meletakkan 100% tumpuan hanya pada dunia ini. Sesungguhnya manusia yang bahagia adalah manusia yang dapat menerima apa yang ada seadanya. Namun setiap kali, ustazah pasti tutup kuliah, dengan mengingatkan, jangan tinggal dunia, umat Islam itu perlu kaya, supaya kita boleh menyumbang dengan senangnya.

Menerima seadanya, kadangkala wujud konflik di dalamnya. Menerima diri sendiri, bukan bermaksud tidak membuat pembangunan pada diri sendiri. Dan untuk membangunkan diri sendiri, sememangnya kita perlu melompat satu tahap jauh dari diri kita yang sekarang ini. Dah, tak mahu komplikatedkan keadaan.

Ingat kata ustazah lagik, yakinlah dengan balasan Allah. Kita tak dapat di dunia, mungkin syurga balasan kita. Masalah umat sekarang, dalam kelas memang ingat syurga, keluar kelas, kita dicucuk tajam, oleh panahan dan hasutan tajam persekitaran, yang mementingkan hasil-hasil nyata duniawi. Memang, tu salah satu konflik diri aku jugak...berada dalam persekitaran, yang kadangkala, kita rasa kita hampir tunggal di dalamnya, sangat menyerabutkan jiwa. Apabila bersama dengan persekitaran yang matlamatnya berlainan dengan matlamat kita. Sangat menyesakkan nafas. Namun langkah perlu diteruskan.

Dan di sini, hambaMu ini bermohon, agar Kau letakkan aku dalam persekitaran yang baik, dalam lingkungan rakan taulan yang baik-baik belaka. Sememangnya itu yang sungguh aku pinta, kerana aku lemah apabila aku berseorangan dalam berkata-kata. Aku perlu sokongan, dari sekeliling, yang mempunyai matlamat yang sama dengan diriku. Aku bukan insan kuat, yang mampu menularkan segalanya...aku perlu persekitaran dan orang-orang yang baik bersamaku, kerana aku sentiasa dalam proses menyucikan kekotoran di jasad dan batinku...perlahan-lahan perlu transformasi meninggalkan sifa-sifat sesatku......Sesungguhnya aku ingin dekat denganMu.

Betapa selfishnya permintaan tu kadang-kadang aku pikir, tapi aku perlu. Mungkin ada insan yang kuatnya dia, tanpa beralaskan kepercayaan pada Allah. Oops jauhkan aku dari keadaan yang sedemikian, kerana aku takut aku kuat tanpa kekuatan darinya. Aku hanya ingin diri ini dicorakkan olehNya.

Hati ini milik Ilahi,
Hati ini urusannya,
Jika baiknya hati,
Baiklah segalanya...

Sedarkah kita,
Hati ini satu organ,
Yang perlukan bantuan dan sokongan,

Sebagaimana,
Kita,
Perlu sokongan sekeliling,
Perlu sokongan rakan dan keluarga,
Untuk menambah keyakinan dan kekuatan kita,
Begitu juga hati kita...

Hati tak mau keseorangan,
Hati ini sentiasa dibantu,
Bagaimana lidah yang berzikir dan menyebut kebaikan,
Membantu hati mengingat Ilahi,
Bagaimana telinga yang mendengar kebaikan,
Membantu hati mengingat Ilahi,
Bagaimana kaki yang melangkah ke kebaikan,
Membantu hati mengingat Ilahi,
Bagaimana tangan yang mengurus kebaikan,
Membantu hati mengingat Ilahi,
Bagimana mata melihat kebesaran,
Membantu hati mengingat Ilahi...

Setiap organ tidak didirikan sebagai satu,
Apa saja di dunia perlu gabungan dan jalinan,
Agat mantapnya segala sesuatu,
Beramai lebih kuat dari satu,
Bersatu lebih kukuh dari tunggal.

Dan kami pohon,
Agar organ-organ kami,
Bersatu,
Dalam membantu penyejukan hati...
Hati ini perlu suci,
Agar ia nampak cahaya baru,
Bukan cahaya kelabu,
Yang hanya menyesakkan kalbu...

Bab hati ketika kelas tadi, aku kaitkan dengan hati yang bersih, penting untuk mengesan cinta yang diredhai...

“Cinta merupakan kebersambungan antara jiwa-jiwa di alam asal yang azali (Annalkhuub ittishaalu bainannufuus fi ashli ‘aalamiha al-‘ulwaa). Justru yang aku katakan disini, bermaksud memperkuat apa yang aku katakan di awal bicara.

Kita tahu, sesungguhnya jiwa manusia di dunia nyata, telah ditutupi oleh banyak penghalang, terpengaruh oleh banyak kepentingan, dan didesaki oleh tabiat-tabiat keduniaan. Kerananya, banyak sifat mulia manusia ditutupi limbah durjana. Memang, tidak semunya ditutupi, namun semua itu telah menghalang jiwa untuk menunjukkan sifat-sifat asalnya. Dengan demikian, kebersambungan jiwa secara hakiki mustahil wujudnya kecuali setelah adanya proses pengembalian jati jiwa. Sehingga jiwa itu, benar-benar bersedia menerima kehadiran jiwa lain yang memiliki sifat asal yang sama. Saat itu dua jiwa akan bersatu dengan sempurna. Tanpa ada suatu apa pun yang dapat menghalangi cinta keduanya.

Adapun, cinta yang tumbuh lantaran keindahan fizikal pada pandangan pertama. Cinta yang hanya memperhatikan bentuk luar seseorang saja. Maka hal itu bukanlah cinta sebenar. Itu adalah gelora syahwat semata. Nah, takkala gelora syahwat menguasai jiwa, dan sifat asal jiwa tak boleh bicara, maka yang muncul adalah gelombang asmara (‘isyq) , bukan cinta sejati (haqiqah)............di si...” – teruskan membaca karya Ibnu Hazm El Andalusy – Di bawah naungan cinta.

Dan acapkali, kami bermohon, temukan kami dengan Cinta, bukan syahwat semata...

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

It's never too soon to be good, and just dont be too late for that. But still too soon to satisfy with what you have. Push to the limit, but make sure you know what or where's the limitation is. Otherwise you just dont know where to stop.

7/21/2008 5:11 PM  
Blogger aszifa_aris said...

Satisfied with the right reason..
Push with right reason...

Thats what i mean, not just because of my boundless lust that desire too much things...

If it just because of my own lust, and for my own self, I wanna slow down a bit..

Unless, there are good reason behind that, then i wanna go far for it...

And pursue with my good heart, not because of the big lust.

7/22/2008 11:48 PM  

Post a Comment

<< Home