Friday, May 02, 2008

Tune it to be positive.


"Nda, ni umah nda ka"

"Takla, ni restoren la!"

Heh, nda tepon tadik, pagi tadi antar gambaq ni, dok paksa2 suruh tgok, dah la henset ni tak btui, asek hang2...dok ter- lup -lup sendrik...on off, on off.

Cam rumah jek, ingat rumah...abg fazel pun nampak selebet cam baru bangun tido jekk...

Nda dok cerita : "Papa belanja makan smalam!Jie tau masa makan smalam, makanan kakak sampai last skalik, pastu suma orang dah makan habis dah, nda ja yg tgu dia.Geram tak? Nda geram ni....Cian kat kakak "

Wakakakaka...JIe gelak kuat! Nda ni memang menjaga hati laa.dan sangat kepada menda yg kecik2..Nda memang camneh!..Jie nak geram...? Dah tau dah lelaki2 sekalian memang kaki melahap, takde mendanya depa nak tgu kita makan....Nak pulak org pompuan makan lambat, pastu depa cakap kita slow...hanpeh...huhu.....

Jie suh nda plan cuti skolah ni, sbb jie kansel balik smalam, so jie akan balik masa cuti skolah....sbb kelas ngajie pun bercuti masa tuh. So tak akan miss apa2...Then nda cakap, dia tak caya dah ar kat jie, cakap nak balik, salu ckp nak balik tapi tak balik2..." Jie balik la dlu, pastu baru plan, lagik jie tak balik, takyah plan, satgi tak jadi"..."Ni toksah dok gheja la menda tuh, klau sampai takdak masa, baik jadi cam nda ni, leh senyum seindah suria" Wahaha, jie gelak lagik argh!...

Whatever, it will revert to us back, bukan pasal kija tuh, bukan pasal org sekeliling kita, bukan tentang sesiapa yang menyebabkan kita berdepan dengan kesukaran sesuatu situasi, kepincangan, or kekalutan. Semuanya hanya tentang diri kita sendiri. Jawapan bagi segala sesuatu, hanya kita yang tahu...

"Nak wat camna, kija banyak" Alasan semata-mata, bukan kija banyak, bukan kija susah, tapi sendiri yg tak tahu nak menguruskan. Sendiri yg belum menguasai teknik yang betul dalam menghadapi segalanya.

Terlalu banyak perkara dalam diri kita, yg tidak disuarakan, dan kekal sebagai misteri bagi orang lain kadang2. Orang hanya orang yang boleh mempersoalkan, mengkritik , dan blablablabla. Masalah yg melanda kita, kita sendrik yang tahu, n slowly dalam menyelesaikannya.

Whatever it is, sebagaimana hancur keadaan di luarnya, punah ranah. But keadaan di dalam kena jaga sangat2...Biar kini keadaannya teruk, but dont let ourselve terjunam dalam keadaan kini. Mentally, we must have faith, yang semuanya akan selesai, satu hari, keadaan ini akan selesai. Bukan bermaksud menolak realiti. Kita ambil realiti, untuk menyedarkan diri-That we have to do something about it. Tetapi jgn amik realiti ini untuk kita terus berputus asa dan berasa diri sememangnya bukan apa2. Keyakinan semuanya baik itu perlu untuk kita sentiasa bersemangat dan mampu meneruskan kehidupan dengan penuh harapan.

Dalam keadaan yang sukar buat kita, dont ever hope akan wujud orang yg akan menyokong. Lebih banyak yg menentang dan akan mengkritik akan segalanya. Whatever, biar orang kritik diri kita, tapi kita jangan kritik diri kita sendiri. Sedar diri, that we have to do something about it. But dont ever make serious self critic to ourself. Orang kritik, then ditambah lagi dengan kritik diri sendrik...ouch..too much..kesian kat diri sendiri. Cukup sekadar mengingatkan diri, tetapi bukan kritik diri.

Kadang2 kita buat salah. Yang memang yes, that is my mistake. The rules of making mistake - Accept. Learn. n dont repeat it. Thats it, Cukup kita mengaku. Ya itu memang salah saya. Tapi jgn keep kritik diri, dengan perkara tuh. It will slow down segala perubahan yg ingin kita lakukan.

Orang lain hanya boleh mempersoalkan. Terpulang pada kita samada ingin menjawab atau pun tidak. Orang lain hanya berkata, derank tak ingat dah pun bila derank kata. Tak caya, cuba tanya balik, sure derank cakap, " Did i? " Kata-kata itu hanya bagai angin lalu.

People dont ever think about other people. Believe it. They just speak. At that time. Pastu menda tuh dah habis kat situ. Takde orang yg nak wat satu perbincangan besar tentang diri kita(u r not siti rite?). Jika ada pun, pasti menda yg diperbincangkan itu, sesuatu yg boleh dikaitkan dengan diri dia. Ok fine, bukan semua orang camtuh, tapi kebanyakannya camtuh.

Speak about perkara2 yg menghancurkan itu, sememangnya akan lebih menghancurkan segala-galanya. Sound like meluahkan, tetapi dalam meluah, akan wujud rungutan, akan wujud rasa tidak puas hati, dan blablabla lagik. Negatif lagik yg menjelma.

Penyelesaian yg lebih baik adalah berdoa dengan penuh harapan pada Allah, agar segala-galany a selesai. And do speak, do think, a lot about positive circumstances. Setiap dari kita, ada 2 channel, positif dan negatif. Cuma sekarang, yang mana lebih banyak? Positif atau negatif? Bila rasa diri dah macam negatif sangat, slowly naikkan yg positif itu setiap hari, setiap masa, dan setiap ketika. And, jgn harap sokongan dari luar. Sokong diri sendiri, sokong diri sendiri. Sendiri yg bangkit untuk berjuang. Sendiri yg bangun mencari semangat yg hilang. Dan dalam bangkit, jgn pernah takut untuk gagal lagik, as long as kita sedang menuju kebangkitan. Tak mustahil untuk jatuh lagik, and jatuh, jatuh dan bangun lagi...Segalanya baik, dan segalanya akan selesai.

Fired those negative words, negative thinking from ourself. Let go, those negative words, those negative thinking from others. Ia perlu, supaya perubahan yang ingin dilakukan lebih smooth. Jika tujahan negatif itu terlalu kuat, avoid ja. Tapi klau dah takleh nak avoid, sbb kena berdepan setiap hari, tune it to be positive - Deep in ur heart. Say thank you to that sumber, coz it make u stronger, day by day. Apabila perkara2 yg bleh buat kita down, dihadapi setiap hari, in a positive way, ia buat kita lali, lali dan lali...Sampai dah tak rasa apa2 lagik. In a positive way, perkara2 gini memperkasakan jiwa, untuk lebih matang dalam menghadapi kehidupan.

Whatever that happen, just dont ever have the negative thought or judgement about it. Walaupun kdangkala perkara itu wujud. Abaikan. Bersangka baik sahaja dengan semua perkara. Ambil yang positif dari sesuatu situasi. It happen, within a minute- faster think about the hikmah. And put the hikmah in ur mind. Thats it. Thats it.

I want to sleep. Nite !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home