Wednesday, May 28, 2008

Owh...

Nak buat apa pun tatau, arini dok korek2 report tuh apa prob dia, dapat la di petang hari. Cik Aszifaris suka buat kerja sebenaqnya, lagik banyak lagik suka, tapi klau tak reti tuhh...haha, mula nak bebai...Satu2 kija tuh, kena bagi cepat2 siap ar, klau tak terus rasa boring klau asek ngadap menda sama....

Arini, cik aszifaris dengaq balik lagu2 yg selalu didengar masa zaman2 USM dlu. Memang terasa auranya...Hmm, baru perasan kan, setiap lagu tuh mengingatkan zaman2 tertentu, besh jugak pasang lagu2 zaman usm ni, sebab sy sangat gembira di USM....rasa hidup sebentar di sana....

Dlu la, masa 1st year, shar penah cakap, shar ni kawan masa sekolah menengah, then masa masuk USM, sempat bersama shar sat, pastu dier tuka kos, then dier pindah la ke nibong tebal. Syar cakap masa tuh "Aszifa, kita ni, ada apa ekk? Takde paper pun kan, selain USM. Nasib baik kita ada USM kan "

Maksud shar tuh, USM tuh buat diri kami berdua sedikit berharga la. Klau dak, tadak paper pun, nak beniaga tak reti, harta pun tadak, nak kata diri bagus sangat pun dak. Hik...Skang terlintas plak persoalan shar tuh...Aku de apa skang? I smile, coz I have myself....n most importantly, I have Allah with me, itu yang paling penting. Merasa keberadaan Allah bersama kita, pada setiap masa dan ketika...Berharap hanya padaNya, walau apa pun yang terjadi...sabar je la, sementara nak menunggu kehidupan yang kekal dan tak payah bersusah payah lagik..

"Its hard to me a muslim rite" penah waqas cakap camni. Aku diam sat. Dia cakap lagik, "what muslim have to offer?"...Aku diam lagik. Ye la kan, kami berada di persekitaran yang majoriti bukan Islam. At one side, kita boleh buat banyak perbezaan secara duniawi, bagaimana kehidupan orang bukan Islam yang sememangnya agak terangkat dan diagungkan di dunia ini jika ingin dibandingkan dengan orang melayu yang majoritinya Islam. Dia banyak persoalkan, kenapa melayu camni, kenapa melayu camni. Korang patut paham kan, apa persepsi dunia terhadap melayu? ada 5 huruf tuh...should u know that. Dan aszifaris tolak pekataan tuh, sebab sy tak suka menda negatif. I have my own perception. U promote the negative thinking, walaupun benar, it will spread dan semaking menghantui diri, semakin pecaya dan nahh..itulah yang jadi. Itu yang barat buat, they promote Islam dengan keganasan, sehingga, Islam itu dikaitkan dengan keganasan. If u promote malays like that, u make urself think of that...menda tuh akan menjadi2...Thats my way of thinking....OK, up to masing2...masing2 ada pandangan tersendiri...No komen about that..But still i'm with my thinking....

Mengapa melayu selalu dikaitkan dengan Islam? Kerana majoriti melayu itu Islam kan. Tetapi, aszifaris tolak lagi menda ni. Melayu dan Islam itu asing for me. Susah nak cari bukti, dan susah nak berjuang untuk melayu, kerana matlamatnya rapuh. I prefer perjuangan untuk Islam, kerana matlamatnya kukuh. Dan melayu bukan untuk semua. Tapi Islam itu semua. Melayu boleh racist. Dan Islam, tak bleh racist.

Saya bangga saya melayu, dan saya percaya Islam itu untuk memperkukuhkan lagi diri saya. I just want to take the positive side of Malays n cuba menyerapkan nilai2 Islam itu secara sepenuhnya kepada diri sendiri, untuk melakukan sesuatu. Memetik pandangan Ustaz Asri, masa kuliah dlu, bangsa Arab (majoriti Islam)bukan bangsa yang bagus sangat, camna dengan bangsa melayu? Ok, masing2 pikir sendiri. Tetapi apa yang ditekankan oleh Ustaz Asri adalah kita ada Islam, dan Islam ini yang akan mengukuhkan bangsa kita, jika diamalkan nilai2nya dalam kehidupan.

What muslims have to offer? Its hard to be a muslim rite? Menjawab persoalan itu. Cik Aszifaris diam sebentar. Then I said "I want heaven". This is not our place. Biarla, bangsa lain nak bergembira dan yea, muda hanya sekali. Go for it. Saya nak yang kekal. Memang susah skit.

Jauh dari kebahagiaan dunia? No, bila pulak sy menyokong tidak bahagia di dunia, sedangkan Islam promote both. Islam full of rules? Kena tutup sana, tutup sni, tak bleh buat tuh, tak bleh buat ni. I take it as cara kehidupan yang betul, kerana sememangnya ia benar dan lurus. Inilah dia jalannya. Seperti mana di dalam organisasi, ada peraturan2 tertentu yang perlu diikut, untuk memenuhi matlamat dan objektif organisasi, di mana ada performance rating untuk setiap pekerjanya, sama jugak dengan dunia ini. Ada peraturan dan rules tersendiri, kalau tak hancus hidup. Bayangkan organisasi, tanpa peraturan, ok 'semua pekerja ada cara hidup bebas, bleh buat apa saja, kerana atas dasar2 kemanusiaan, setiap manusia ada cara hidup tersendiri' Apa jadi kat organisasi tuh eh?? Agak2 , lingkup ker berjaya?

Islam ini, penuh kajian, ada sesuatu di sebalik setiap suruhan. Ok now it seems too big n I'm going too deeply with my own opinion. Cuma terlintas, jawapan sebenar, untuk, what Islam have to offer itu, cik aszifaris tunggu saat kebangkitan kelak. Camne la sy masa tuh? Aish.

Memetik pandangan Ustz Asri lagi, Islam itu mudah sebenaqnya, berapa saja yg haram, jika nak dibandingkan dengan yang halal? Mudah. Berapa banyak yg boleh buat, nak dibandingkan dengan yang takbleh buat.?

Bagi sy plak, walaupun yang tuh haram. Tetapi memang yg haram tuh harmful kepada diri sendiri, sebab tuh tak bleh. Lantang menulis cik aszifaris. Cam dier tak banyak dosa. =] Sy ada dosa sy, masing2 ada dosa masing2..mana mungkin lekang dari dosa, sedang nyawa masih di sini.....tetapi inilah satunya2 harapan saya dalam meneruskan kehidupan. =]

Dan palingkanlah hati kami, di saat kami lalai dari mengingatiMu, untuk memenuhi perintahMu, dan beriman kepadaMu, agar kami memperoleh kebenaran.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home