Saturday, May 10, 2008

I love myself!

I'm writing dengan air mata yg mengalir, sedih. Lewat bangun arini, subuh pun lewat. And I can feel suhu yg semakin tinggi. Nak demam ker? Klau nak demam kali ni, demam la, i'll let myself demam kali ni. Mungkin its time mengeluarkan sesuatu yg ntah apa2 kat dalam ni...

Days could have been more easier to cope with. Although I faced hard time, but I still have the positive me, and the positive attitude towards life. Thats my philosophy..whatever, just move on..

Smalam, directly, amik leave. And I want to leave this city for a while. And the best place to go is my hometown. Tiket belum beli, tapi nak pi carik satgi. Baju banyak lagik nak basuh, basuh baju dlu, dan berkemas2...I just want to get rid from here for a while...

My emosional tank dah peak. And I thank a lot to God, as He still gives me an opportunity to smile in my days. A smile is just one of the simple ibadah, that we can do to everybody. Semoga Allah sentiasa membuatkan diri ini, melakukan sesuatu hanya keranaNya, bukan kerana diri sendiri atau insan lain.

Bila cik aszifaris sedih di sini, hanya Al-Quran pengubat hati. Dan sepastinya, air mata akan mengalir dengan lebih laju, bila diselak helaian demi helaian memahami maksud tafsir yg menambat hati. Dan di sana wujud alur ketenangan, yg melepaskan diri seketika dari keadaan yang melemaskan. Hanyut dengan ayat2 dan janji2 Allah pada hambaNya. Di situ, hati seketika boleh kembali fokus dan memfokuskan diri hanya pada Allah semata-mata. Di situ, saat tafsir ditutup rapat, akan bangkit semangat, untuk meneruskan langkahan hanya demi Allah dan menghargai setiap sudut kehidupan, satu nyawa, yang Allah berikan.

Cik Aszifaris hadir di sini, untuk mengambil ujian bukan? Jadi setiap masa perlu bersedia dengan peperiksaan , yang kadangkala kecil, yang kadangkala besar. Hadapi dengan berusaha. Yes you can do it dear! You can........

As what my mother said, jie umpama berlian yg perlu digilap, sentiasa perlu digilap, supaya sinarnya tetap kekal dan memukau. Gilap la jie. Gilap la. Slowly buang semua menda yg ntah apa2, dan masukkan perkara2 baik di hati. Ok? And dont ever forget, again your mother last words...Setiap apa keputusan jie, itulah keputusan mama. Argh, again, when I remembered that moment, air mata ni akan semakin laju. Setiap apa keputusan jie, itulah keputusan mama. And I can see those eyes, yang berpesan, dengan penuh harapan.

Dahla jie, jangan manja sangat. Belajar hidup sendiri. Buat keputusan sendiri. And I miss my mom, dekat sni, ntah dah baper ribu kali mimpi mama...I'll do it ma, i'll take care for myself. Because u keep on believing on me. And u want to see me, as a successful person rite?


Kesayangan itu terlalu nyata,
Kesayangan itu penuh cinta,
Sehingga suatu masa ia buta,
Dan melebihi dari yang Esa…

Sejauh mana diri ini sayang,
Akan dirimu,
Hanya dirimu,
Yang berada di belakang, kanan, depan dan kiriku.

Tidak pernah ku hirau,
Akan sekelilingku,
Biar apa saja yang berlaku,
Asal ku adamu,
Cukup hidupku…

Namun suatu masa,
Engkau ditarik Pencipta,
Mungkin kerana aku terlalu leka,
Dengan ketaksuban yang buta,

Mungkin Pencipta ini ingin berkata..
“Jangan kau cinta seseorang melebihi diriKU”
Disitu aku bersimpuh,
Menginsafi kejadianku ini…

Sekarang aku bersyukur,
Cukuplah tempoh 17 tahun kita bersama,
Itu suatu kurniaan dan nikmat yang terlalu aku syukurkan,
Pemergian yang membuatkan aku celik,
Celik akan Yang Esa…

Cuma aku pohon padamu Ya Allah Ya Tuhan,
Sejahterakan rohnya di sana,
Kasihani dia,
Sayangi dia,
Kurniakan syurga padanya…

Mama,
Cukuplah kita bersama,
Melalui detik susah dan senang bersama,
Jie tak mungkin lupa,
Akan segalanya,
Cinta itu masih ada,
Dan tetap akan segar untuk selamanya,
Mama tak pernah hilang,
Dari bayangan,
Setiap yang jie lakukan,
Akan jie fikirkan keredhaan mama,
Jie akan menjaga diri ini,
Menyayangi diri ini,
Sebagai mana mama sayang dan menatang diri ini,
Jie akan sayang dan menatang diri ini,
Tidak akan lagi jie biarkan,
Diri ini dikuasai kuasa manusia dan dunia,
Selain hanya buat Allah yang Esa…

Ampuni daku, tarik daku ke jalanmu...

''April 01, 2007, 8:45:30 AM, aszifaaris"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home