Thursday, April 24, 2008

Tetap melangkah, walau hanya selangkah...

Makcu bile nak balik? Fahim borink dok ngan opahh..haha..

Topik harini ialah. Cik Aszifaris CICIR DUIT. RM200. Besh tak? Never happen to me before. Okla, memang niat bulan ni, nak tambah saving lebih 200. Cey, kira berniat nak menyimpan wang lebih la ni..so, kuarkanla duit lebih 200.

Then seperti biasalah, gi shopping kat amcorp. Rm400 inside my pocket. Duit ni nak bayar sewa umah ni. Then bli baju, Give RM100. Baki simpan dalam purse. SO RM300 lagik baki. SO dah lewat, gi mayang suma dlu, dan turun bawah balik. Teringat nak seluk poket. Hah, menangis aku tgok RM100 je tinggal. Suppose 2 ada lagik RM300. Rm200 dah chow. Dok recall kat mana, kat mana cicir...Instict kata kat kedai, masa bli baju tadik....Gi balik, kedai tuh dah tutp..Nak sedapkan hati, naik balik surau, toilet n suma tempat yg aku lalu, tapi takder ahh...

Aku de wat salah ke? RM200 niat nak simpan, tapi lesap. Tapi cam leh ok jek..Ok je la, esok klau free masa lunch leh pegi kedai tuh balik dan tanya, ada tak cicir. Pastu klau takde takpela, dah bukan rezki aku, yg sendrik lalai saper suh kan. Dan klau orang yg amik duit tuh, takpe la aku halalkan jerk...Sebab nanti kot ye dia dah nak masuk syurga, tapi disebabkan rm 200 aku tuh, tak pasal2 tersangkut. Tak berbaloi plak aku pikir. So, takpela...ambikla.

Nanti beringatla ye cik aszifaris.

Kak linda call tadik, tanya apa jadi, 2 ari msg tak balas, kol tak angkat...pastu kak linda kata dia tanya kakak, kakak kata jie tuh mmg tak balas msg kakak pun..Nda risau, adik dier dok jauh, atlest reply la ok ke, aper ker, ni...satu apa pun tadak berita...ntah jadi hapa ke hapa..hek hek..Ye sori, aszifaris bersalah lagik...Cik aszifaris cek henpon 2 kali ja, waktu pagi nak gi kija, ngan waktu magrib time nak balik dari opis...msg reply dalam lrt, waktu time pagi2 nak gi kija...dalam 5 min, tgok la baper msg leh reply..klau malas tuh malas ahh...Lagik stu suka letak enset dalam laci, dalam laci manae de line kan....Busuk tul la perangai cik aszifaris ni...

Jack pun br dapat reach aku smalam, nak kata aku bz? bz ka, tak pun, biasa jek, org len pun kija jugak, tapi reply je msg..hehe..so its not about org2, or persekitaran..its all about me bebehh...

"Seandainya manusia mampu melihat masa depan mereka hanya beberapa jam, beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan atau beberapa tahun ke depan maka akan ramai manusia yang mendapt kenyataan bahawa mereka menyerah dan berhenti berusaha ketika pencapaian sudah sangat dekat. Mereka sudah hampir berjaya, tetapi mereka kurang memiliki ketahanan yang diperlukan untuk terus bergerak. Mereka hampir saja meraih dan menggenggam objek hasrat hati mereka, tetapi mereka terlalu cepat berhenti berusaha. Dengan sedikit usaha lagi, sedikit gerakan ke depan,sedikit ketetapan hati, ketabahan dan kesabaran, mereka akan mendapat mahkota kejayaan.

Dunia dipenuhi dengan orang yang memulai. Orang2 yang boleh mencapai penamatlah yang jarang ditemui, Mengapa dengan begitu ramainya orang yang memulakan, namun hanya sedkit yang mencapai penamat? Dengan pelbagai alasan, kebanyakan manusia keluar dari arena kehidupan dan memilih untuk menjadi penonton. Mereka terumbang-ambing ditelan waktu dan membuang masa dengan sia-sia.
Memang ramai orang yang merancang suatu pencapaian kejayaan, tetapi hanya ada sedikit yang bersedia menebusnya dengan pengorbanan yang diperlukan untuk mencapai objek hasrat hati mereka.

Ramai orang yang mempunyai kehendak untuk bergerak menuju kejayaan ketika keadaan belum berat, Ketika mereka berhadapan dengan kesulitan, pada saat penghalang menghalang perjalanan, mereka bukannya menyingkirkan semua penghalang itu dari jalan, melainkan berhenti. Kerana gagal menemui jalan penyelesaian yang mudah, perjalanan mereka untuk terus ke depan, terus terhenti.


Agar boleh mencapai sasaran, untuk memenangi pertandingan di arena kehidupan, kita tidak boleh berhenti di tengah jalan, kita harus terus bergerak ke depan. Jika tujuan kita jelas, kita harus menundukkan semua kesulitan. Kita harus tetap bertahan untuk tetap bertahan maju, betapa pun gelapnya hari, atau betapa pun besarnya penghalang." -Dale carnegie, in one of his book.

2 Comments:

Blogger .mS.hUnNy. said...

rm200 tu dah cukup byk da for me. almost half of my savings.rm200 kalo pakai utk makan, da buley mkn byk kali dah.

umah abg kite kene pecah, jumlah kerugian = rm10k++

lg byk kan?

len kali hati2 tau jie..

4/25/2008 10:23 AM  
Blogger aszifa_aris said...

kiki, nak wat camne, takpe lah..=] cik aszifaris akan lebih berhati2..

4/25/2008 11:41 PM  

Post a Comment

<< Home