Tuesday, February 05, 2008

Siapa aku pada pandanganMu...

Oleh itu , janganlah engkau (wahai Muhammad), hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.(Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka.

Sesungguhnya, TuhanMu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada dibumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil(yang mereka terlanjur melakukannya,maka itu dimaafkan). Sesungguhnya TuhanMu Maha Luas keampunan-Nya.

Ia lebih mengetahui keadaan kamu semenjak Ia menciptakan kami (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka jangalah kamu memuji-muji diri kamu(bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia-lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.

Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)? Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya(kerana menurut hawa nafsunya)?

Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui(bahawa orang lain boleh menggalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat) ?

Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam kitab-kitab Nabi Musa. Dan juga (dalam kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya(segala yang diperintahkan kepadanya)?

(Dalam kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain(bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya usaha itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); Kemudian, usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum TuhanMulah kesudahan(segala perkara); Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang menyebabkan(seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan(seseorang itu berdukacita) menangis; Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan;

(An-Najm:29-44)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home