Baru tengah melepak lepak sambil membaca, sambil mengopek2 chestnut yang aku bli kat jusco tadik. Walaupun aku duduk sorank jerk, tapi kat sni memang asing dari kesunyian la, suara budak2 main kat bawah...teringat plak zaman kecik2...suasana di sni, homely. Yes thats what i need.
Aku tenang ja kat rumah baru ni. Memang jauh dari keserabutan. Hilang hampir 70%. Aku rasa cam bleh tarik nafas yang lega teramat. Sampai skang, perasaan kesyukuran tuh masih meninggi buat Allah yang Kuasa, sebab kasi aku rumah yang besh. Memang aku rasa syukur yang amat. Sebab aku hanya tergerak untuk pindah, dan buat sedikit usaha, tapi Allah kasi banyak pulak. Semua kriteria terpenuhi.
Smalam ke 2 ari lepas aku cam menangis sebab aku rasa besh sangat duduk kat sni. Dan Allah takdirkan housemat yg baik jugak buat aku. Ja okeh, dia pembersih. Takleh tgok habuk. Dan dia sememangnya seorang insan tabah yang tak berkira , berdasarkan pemerhatian aku dan cerita2 dialah. Seorang yang sentiasa bersyukur, dan tak mudah mengalah dengan dugaan dan cabaran. Seorang yg gila dengan jepun, setiap hari belajar bahasa jepun, dan memang dia nak gi jepun. Persevering.
Rasa cam nak sebak lagik, ntah kenapa arituh jugak, aku teringat sangat kat erni, aku ingat, saat2 aku nak berpisah dengan dia masa kat matrik, aku peluk dia erat. Sambil nangis yang teramat, “Erni, camna jie lepas ni, masih banyak menda yg jie kena tempuh, mana jie nak dapat kawan macam erni lagik’. Serius, aku nyatakan statement tuh dengan jujur, nak ngaku yang kita perlukan seseorang bukan mudah. Kita pun ada ego tersendiri, untuk kata, aku bleh hidup sendiri tanpa sesiapa.
Erni pun nangis jugak. ‘Takpa jie, doa ja. Doa, doa Allah akan bagi kawan2 yang baik buat kita, yang bleh membimbing kita. Kita akan dapat. Saya pun selalu doa camtuh.’
And here i am. Dah hampir 5 tahun dah semuanya berlalu. And u see, urself growing, to be more matured, more responsibilities.
Arini aku mc, aku kepenatan. Kepenatan yang amat. Pindah rumah memang menduga ketahanan jugak ekk...=]
Aku Cuma nak lalui saja hidup ni, tanpa rungutan , dan melalui saja, tanpa melihat sesuatu secara begitu besar, dan tenang dalam menghadapi segalanya.
Dan sesungguhnya, jusco tuh dah bleh jadi kedai runcit buat aku, haha, belakang rumah jerkk!...Ya Allah, thanks for everything!
Kdang2, untuk mendapat yang besh dan sesuai dengan jiwa itu, perlukan masa yang panjang sebelum kita dapat menggapainya. Allah biar kita sulit melalui yang tak besh, Allah biar kita melihat, apa yng salah dan apa yang patut dibetulkan. Tiba masanya, Allah beri yang besh, supaya kita menjadi insan yang amat bersyukur padaNya, lantas perasaan syukur itulah yang membuatkan kita bernafas dengan bahagia!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home