Monday, January 14, 2008

Forgive us

Nak tulis blog la...Baru balik je ni, tadi gi kenny rogers, sbb nak makan yg sedap, sbb stat esok min dier ckp nak jadi vegetarian for 3 months, so this is the last day yg leh makan tak vegi. Maka dengan itu, gi amcorp la, makan. Pastuh tadi, min nak gi amik duit kat cimb, aku ngan ema gi lepak jap kedai baju kat tepi cimb tuh, dah dier sale plak, RM29.90, buy 1 free one. Hmm, apa lagik kan, baju pun lawa, cik aszifaris pun bli baju la lagik...kikiki....haish. Nak pakai la baju tuh sok, lusa ker, tapi kena jahit suar dlu, dah lama tak pakai suar tuh, sbb koyak.
Byk suar yg tercabut butang ler, aper ler, bleh lak aku biar jer,,,baru ingat ni....kikiki...ader satu ari tuh, dah nak gi opis, pastuh baru perasan, alamak suar ni koyak yg cam terbelah kat kaki, dah nak opis dah ni, camne..tak sempat lak nak jahit, cam pelik jugak, sebelah tebelah, sebelah ok. So, aku gunting je lagik sebelah, bagi dedua tebelah....hahaha, sampai skang dier dok camni, tapi aku rasa lagik lawa camni, nampak cam style skitt....
Arini aku dah tuka tempat dah, duk seblah line manager, hmm...besh kan. Memula memang la rasa kekok skit, tapi rasa cam bila duk dekat2 ngan team mate ni, cam bersemangat skit nak wat kija, laju skit la...hehe...klau dak, rasa malas skit, mula la dok surfing. Masa untuk surfing dah tamat, slamat la ekk cik aszifaris...
Skang sejak masuk kija kul 10, rasa cam lepak skit la...cam pagi2 tuh, senggang skit, tak rush sangat. Bila kija, kija ni cam dah jadi 100% plak, setiap masa pun nak pikir pasal kija, tak kira la, kija skang, future ke, tak lekang dari kepala...So takmau...hahah...nak tarik percentage tuh balik, takmau2...
Tapi harap2 pasni, kija banyak la kat opis, dan kija tuh, bagi la aku bleh wat, dah duk dekat dengan team, klau tadak kija nak wat apa kan? Serahkanlah saja pada Allah semata-mata, bulat2,,,klau ikut kehendak sendrik, memang setiap masa pun tak puas hati. Guide me well. Patient.
Cuti aku tinggal 7 ari je, sbb arituh dah amik 2 ari, then arini aku dah apply dah cuti 5 ari masa raya puasa, cuti 4 ari masa raya ajie. Campur2 cuti awam, cuti aku raya puasa ni, 11 ari ler...huhu..besh...
Weekend pun takleh balik dah kot. Sbb kelas ngaji dah stat mg depan. Kelas renang pun weekend jugak. Raya cina ni pun tak balik, sbb 2 minggu beturut aku wat support. Biarla aku duk sni lama2 kan, cinta kl skit. Kena cinta persekitaran ni, baru leh ok suma menda pun. Berusaha, untuk penuhkan hidup, dengan menda2 yg bermanfaat, dan seimbang dari segi mental, sosial, jasmani, rohani. Aku harap, Allah berkati aku, dan permudahkanlah semua urusan aku.
Kadang2 rasa beratnya, rasa malasnya, tapi kena lawan jugak, dan berusaha untuk sesuaikan diri dengan segala-galanya. Segala apa yg kita tak suka, tak besh ker, suma pun berasal dari diri kita sendiri. Dont ever hope things to be easier, hope ourself to be better, and we must have a capability to change our words into action. First step, sememangnya agak berat, tapi kemudiannya akan dipermudahkan. Percayalah. Seandainya kita sudah berusaha untuk melawan nafsu kita, dan buat, selepas tuh Allah akan tolong. Allah hanya akan tolong kita, jika dan hanya jika, kita ambil langkah untuk menolong diri kita. Tolong aku Ya Allah, langsaikan segala kedukaan dan kebimbangan, beri sinar dan cahaya.
Tadi aku sembang ngan kak aiza, dier dok syahdu cerita pasai kawan dier, dan kesimpulan dari citer tuh, ada kawan2 yg dlunya jahat cam nak mampu, sudah berubah menjadi baik yg baik. Ada kawan yg pandai2, yg harapan ibu bapa tinggi, tapi last2 sedang2 saja.
Menda ni memang aku dah perati, entah, bagi aku, Allah itu adil, Dia akan bagi kita rasa SEMUA. Klau dlu kita camtu, skang kita camni, dia bagi peluang kita rasa SEMUA menda. SEMUA. Cuma bentuk saja yg berlainan. Ada satu stage dalam hidup, kita rasa, kita la paling bengong, satu tahap yg lain, kita dah jadi heroin, satu tahap lagi, kita biasa saja. Thats it. Itulah hidup.
Tapi biar apa saja, jangan pernah biar hari-hari kita lebih teruk dari sebelumnya. Jika kita jadi lebih teruk, kita tak bleh salahkan takdir Allah ya. Pada setiap sesuatu, kita sentiasa diberi pilihan, untuk pilih, yg baik atau yg buruk...U choose yg buruk, buruklah kesudahannya. Sesuatu yg buruk, yg teruk itu berlaku, bukan untuk dibiarkan, tetapi, ada kelemahan kita yg menyebabkan perkara itu berlaku. I mean, sesuatu yg buruk , yg memang salah dengan syariat lah.
Kadang2, menda yg berlaku tuh tak buruk pun, tapi kita anggap ia buruk. Sebab apa? Sebab kita ada KEINGINAN, bila sesuatu yg jadi, lebih kurang nilainya dari KEINGINAN kita, kita akan pandang menda tuh buruk.
Dari mana asalnya KEINGINAN? Nafsu. Apakah kita tidak layak mempunyai KEINGINAN? Layak. Tapi KEINGINAN yang betul. KEINGINAN agung itu, ialah- mendapatkan KEREDHAAN Allah, dalam setiap apa yg kita lakukan.
Hanya ini satu2 nya cara, untuk kita mengelakkan perasaan kecewa, bimbang, stress, tak puas hati, dan blablablabla,,,,apa2 lagik la. It looks like keadaan yg ideal. Ia tidak mudah, tapi biarlah kita sentiasa berusaha ke situ.
Whatever i wrote, cuma pesanan untuk diri sendiri. Mengingatkan diri ini, yang mudah lupa dan lalai orangnya, and there is no one pun nak tego. Its up to me actually, nak buat apa pun, suka hati. I have the full power, now. Jadi, bertambahlah lalai dan leka itu. Supaya Allah itu sentiasa berada dengan aku, untuk menegur aku, salah aku. Aku sememangnya tidak lekang dari dosa. Setiap dari kita pun tak lekang dari dosa. Cuma aku harap, saat aku mati nanti, aku tak dimatikan dalam keadaan aku tgh buat dosa. Tolong maafkan semua salah aku, klau korang suma tau, aku dah mati, halalkan segala2nya. And pass the msg , for the people that knows me, please ask them to forgive me. Setiap hari pun, tak penah jauh dari termengumpat, atau mendengar umpatan. Ada2 saja suma ni. Simple, tapi cam makan daging saudara sendri sebenarnya. Moga aku dijauhkan dari persekitaran camni....
Ya Allah, forgive me for all the sins, forgive us, who love to forget U, although we know, that U are our only GOD. Sucikan hati kami, dan biarlah hati kami semua mengingatiMu, di mana saja kami berada. Jadikan kami, lebih baik, dari hari2 sebelumnya. Dan jadikan hari kami bertemu denganMu, hari di mana kami berada dalam keredhaanMu.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

uikss..amik kelas renang ke..tak aci ni..kakak pun tak pandai brenang...huhuhu

1/16/2008 6:32 PM  
Blogger aszifa_aris said...

ekekekek...a'ahh ..baru daftar arr...=]

1/16/2008 9:50 PM  

Post a Comment

<< Home