Mari beraya dan berpurple2 di Perak. Ya, kali ni beraya di Perak, dengan opah fahim. Adik aku join skalik raya ni...Makcu ni ada adik ye...jgn luper...Mama Fahim kuar ngan pakcik, adeh2...makcu kena jaga ahmad fahim..ahmad fahim ni saiz dier skang cam baby 4 bulan, sdgkan dier baru 2 bulan..Aku dlu kecik2, camni la saiz, badan bekatam2...lenguh dukung ahmad fahim ni, insaf sat rasa, ingat dlu kecik2, camnila mama dukung aku, acah dukung aku, sayang kat aku...Cam aku sayang kat fahim ni la. X la-at, x la-at pun maksu dukung jugakkk.....Fahim ni, klau nak bagi dier bertenang, makcu nyanyi nyanyi, fahim ni paling ske lagu andai ku tahu, dier diam jerkk....klau dengar, mungkin sbb mak dier yg tak baper pandai nyanyi tuh asek bagi fahim dengaq lagu ungu kat laptop..kikikiki....
uWaaa..fahim ensem, geram tgok fahim, cepat la besaq, makcu nak bagi pakai jaket. Makcu kan ska bli jaket...
Opah fahim ni speker kuat, ader ke opah cakap fahim hitam? Ish2..opah ni, makcu cili mulut kang...fahim tak itam la, kulit melayu je, macho je, encem. Opah ni saja2 ja suka kaco ahmad fahim...Kan opah dah tau, makcu marah ni, cakap kasar2 kat anak menakan dier...
Bukan aper, walaupun ni budak kecik, tapi, biarla dari kecik, dia membesar dalam persekitan yang positif...Anak anak ni ibarat kain putih, dan ibu bapa lah yang mencorakkannya, selain tuh persekitaran amat mempengaruhi, bagi membentuk generasi yg mantap. Skang tak paham menda lagik takpala, tapi nanti bila dah besar skit, dah mula nak paham, lagi la kena pandai psyco n jaga hati. Budak2 ni kene push, n let them know, derank berharga, disayangi, dan dihargai.Utamakan kelebihan, dan perbaiki kelemahan. Let them focus kepada kelebihan diri mereka, sbb itu boleh membina esteem dan keyakinan diri yg tinggi, sejak dari kecik. Kita observe persekitaran kita, bukankah, ramai dalam kalangan kita, yang membesar, dan amat dipengaruhi oleh 'kritikan dan pandangan' ahli keluarga. Ramai, yang pandai, tapi dalam keluarga dia, dia la yg paling tak pandai. Susah bagi dia nak rasa dia pandai. Ada kawan aku yg tak gelap pun, tapi sbb dalam famili, suma cerah2 belaka, n salu kata dia hitam, menda tuh membelenggu diri...Ada pulak kawan2, yang cantik dan comei sangat, tapi dalam famili, orang salu ckp dia tak comei, dia sukar nak yakin, yg diri dier comei dahh...Menda2 ni, yg buat individu yg sampai tahap matang pun, masih ada inferiority tersendiri, yang menghalang dia untuk jadi manusia yg bebas dan yakin dengan diri sendiri. Walaupun menda ni simple - cam bila kita gaduh adik beradik ---> "Wei, ang ni gemok, gemok2!" "Adik ni hitam"!..Saja2 gaduh, bila sakit hati, budak2 salu cari point, untuk sakitkan hati pihak lawan....mulala sebut, menda2 camni...Tapi kesannya masih tinggi...
Lebih teruk, klau mak ayah pulak salu kutuk anak sendiri. Pecayalah, anak tuh, dier salu pecaya apa pandangan mak ayah kat dia. Orang len cakap apa pun, takpa lagik. Kadang2, mak ayah ni masalah emosi kat ego ka, apa pun tatau laa...suka la melawak2 kasar, ckp menda2 ntah paper, bila marah, main lepas jaa...Anak tuh tanggungjawab, ujian untuk kita. Ni cakap bukan2, kita yg tengok ni pun rasa naik pelik, tak heran, bila anak ni dah besaq, dia jadi orang yg ntah papaer, pastu, dia pulak layan anak dia camtuh...Tendency untuk kitar ni berulang tinggi. Kita klau tak suka, mak ayah buat cam tuh kat kita, kita jgn buat camtuh balik kat orang sekeliling dan anak2 kita. Ubahla!
Anak2 ni, dier bukan tau apa sangat pun, dia caya salunya bila kita psyco dier. Tapi klau anak berzodiak pieces, salunya derank ni banyak pikir dari kecik, n they can live their own way. But mostly, banyak kanak2, pecaya ja apa yg mak ayah pecaya pada derank...Cth mudah la, klau kita tgok anime naruto. Sasuke, cukup punya hebat ka budak ni di kalangan kanak2 sebaya dia. Kepintaran dan bakat diea memang diakui semua kanak2, dan orang kampung. Tapi ayah dier, salu bandingkan diri sasuke dengan abg dia, itachi. Tgok sasuke tuh, apa kesan kat dia. Dia tak boleh rasa dia hebat, selagi mana dia tak kalahkan abg dia. Melelong. Sikap dendam suma terpupuk dalam diri. Macam2, yg negatif itu timbul!Arrogant semacam!
Cam aku masa kecik dlu, dapat baper markah ntah dalam sains, masa tuh dajah 4, 40 ke 50 camtuh. Pastu aku rasa aku bodo sangat, salah kat part herbivor, omnivor, camna aku leh salah ni. Balik cakap kat mama, "ma, jie ni memang tak pandai sains kot ma" Mama tak marah pun, aku dapat markah sikit, mama motivate balik, cakap, aku memang minat sains, aku ni pandai sebenaqnya mama kata, cuma kena rajin sikit, mama ketengahkan bukti2 yg mengatakan aku ni minat sains, blablablabla....Lepas tuh aku minat sains....tak dapat markah rendah dah...
Sama jugak, masa form 4, aku tak pandai mengarang, BM aku bodo. Salu yg naiknya, nama Nadia Hanim, yg dapat markah tinggi dalam BM. Aku bm ngan bi salu besa2 ja. Pastu bila aku naik form 5, aku gi tusen kat cikgu marzuki, dier ajaq, step-by-step...Lepas tuh aku dah pandai mengarang dah.Salu dapat highest dah, or top 5 ler. So mama dah nampak aku naik, potensi dan ada, dier gilap lagik, motivate banyak2...salu klau aku balik rumah, "mama, jie dapat markah tinggi lagik dalam karangan".. Mama salu amik karangan tuh, baca kuat2....salu aku karang masa form 5, 7 ms tau...7 ms tuh mama baca habis, dan salu cakap, " anak mama ni pandai, sedap semua ayat2 dia".. Ntah, semangat aku tinggi, bila mama support camtuh....Rasa cam dihargai oleh ibu bapa dan keluarga. "Mama nak amik ayat ni buh dalam ucapan mama". Simple2 thing, sokongan ja, dan bleh lonjakkan anak.
Masa kecik2 dlu, aku malas semayang. Mama aku tego, tapi berhikmah, bila kawan kol, aku tgh tgok tv ke aper ke, "owh, jie, dia tgh semayang". Jeng2......
Menda2 kasar2 ni, memang membunuh hati aku sikit, kerana sememangnya aku membesar dengan persekitaran yg tidak kasar. Tapi aku kena terima, dan kadangkala, dalam menyesuaikan diri dengan kekasaran, klau aku tak kawal, aku leh jadi kasarrrrrr, yg menusuk. Kna control. Skali cakap satgi, orang terasa dalam. Maafkan aku part tu.
Aku harap, kakak2 aku leh besarkan anak2 derank, dalam persekitaran yg positif, dan islamic. Islamic itu penting, sbb bila anak2 dah paham root, dier tak goyang. Cam aku ni, root pun kena betulkan, so jgn ajak aku kawen lagikla, biar aku paham diri aku betul2 dlu.
Tgok, makcu leh tulih panjang2..sbb opah fahim jer...aiceh2..makcu emo la. Tapi makcu marah ada sebab. Ahmad Fahim dengan Muhammad Aidid Firas, nanti kena jadi hamba Allah yg taat. Kna ada pemikiran yg berdikari. Jgn cam makcu ni, lambat berdikari. Tau..=]...Ahmad Fahim ngan Muhammad Aidid Firas tak sempat jumpa tok mama la, tapi takper, nanti baca blog makcu, makcu kan salu tulis pasal tok mama.
Ibu2, ayah2 skalian, makcu2, makcik, tok2, opah2, mari menjaga percakapan kita dengan kanak2. =]
Opah ahmad fahim. Opah ni sayang kat ahmad fahim, asek bli baju ja, baju arituh pun tak abih lagik pakai, ni opah dah bli baju baru lagikkk!!!Opah memaang seorang pemberi, tetapi tak reti nak expresi kata2!!!...Ahmad Fahim, ikutla sifat pemurah opah ni, tapi jgn ikut speker kuat ni.
Ni Tok Tam kasi kat Ahmad Fahim...Duit syiling 5 posen suma. Kira2 lagik 3.50 nak cukup 100. Murah rezki Ahmad Fahim...
Tgok la ni, beza 2 bulan ja Ahmad Fahim ngan Muhammad Aidid Firas. Ahmad Fahim semangat. Firas pulak kecik comei cam mama dia, muka alim2..=]...Nanti makcu tulis pasal Firas plak ehh...Byk menda makcu nak tulis tapi tak sempat2...Firas cucu tok la.Makcu nak pegang pun takut. Satgi tuk jitra marah lak klau salah pegang...Fahim ni makcu pegang, tegolek2 pun takpa, mama dia tak marah. Golek2 pun, semangat, tak jatuh mana..hihi....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home