Friday, December 28, 2007

The last day bercuti!

Cey Ahmad Fahim tenung shapa tuh..

Mari menulis!=] Setelah 7 hari bercuti, semalam aku kembali bekerja..Aish, sememangnya berat, tetapi berlatihlah untuk ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab aku ni, walaupun, belum 100% ikhlasnya. Sesungguhnya, aku masih berlatih. 7 days cuti, setiap hari dihabiskan bersama keluarga, alangkah beshnya! Aku besh! Maksu suka! Rasa macam terisi sangat hidup ni.
Sudah berat lo, sudah 7.1 kg

Hari terakhir, aku pi jalan2 ngan ilia ngan wan, kawan sekolah...=]..Hari last baru nak jumpa rakan2...seblom balik, sebok kata nak gath la apa la, last2...sempat jumpa sat je pun...Semua pun bz ngan aktiviti masing2...=]

Teringat plak, time aku lepak last day dengan kawan aku ni...dekat makbul masa tuh, tiba2 naik topik pasal solat...kawan aku ni dia stadi kat Australia, baru je balik, n pasni akan sambung kat kl plakk...Aku tertarik dengan cerita 'ukhwah' antara mereka, di Australia, sampai kawan aku ni cakap, dia akan pertimbangkan untuk jadi warganegara Aust. Kawan aku ni dlu, masa skolah, otai besaq, otak jahat gakk ar...wahaha...jangan marah aku kutuk ang na...tapi btui per...tapi sekarang, dah berubah dan berusaha menjadi otak muslimah...Aku doakan, moga your journey to Allah, sampai ke destinasi...Hidayah itu adalah anugerah terhebat dari Allah.

Ni souvenier, kawan aku dari Aus bagi..besh2!

Dlu kawan aku, En Troy, time baru je balik dari US, slalu bising, soal kemungkaran dalam kalangan masyarakat Islam di negara kita ni. Tambah2 lagi duk kat KL ni. Lebih tenang berada di US katanya. Ukhwah antara umat Islam itu wujud, bukan macam kat sni. Kawan aku yg dari Aus tu pun claim, menda yg sama.

Aku tak tau, sbb aku tak penah lak rasa lak camna berada di sana. Aku obersea jugak, US jugak, USM la..hihi..obersea la tuh kan??

Banyak yg kami sembang time lepaks2 tuh, soal aurat, tudung, solat, konsep aplikasi Islam untuk kehidupan, dan blablabla lagikk.....Pasal solat, kawan aku ni claim, seronok katanya dok kat Aus, sbb kita leh solat kat mana2 saja. Tak semestinya masjid, di mana2 saja....klau pi shoping, semayang ja kat fitting room, klau pi jalan mana2, kat tempat awam pun, leh mayang...Betapa mereka menjaga solat, klau pi jalan mana2, semua orang akan sebok2 tanya, nak sembahyang kat mana....

Tapi fenomena di Malaysia lain....tambah2 lagik dalam kalangan umo2 cam kita ni...Solat itu, walau itu yang utama, itulah yg dibelakangkan, menda ni turut disebut oleh kawan aku, dan aku sendrik pun rasa, dan korang pun rasalah, jgn tipu...

Contoh paling mudah, klau kita tgh jalan2 nak pi shopping, bila sebut, kita solat dlu, seolah2 cam tak cool, seolah2, cam 'hey, ganggu mood tul' kita nak seronok2 ni, seolah2 solat itu boleh mematikan mood. Tapi nak mati mood ka, nak mati dalam keadaan belum solat.

Kat M;sia ni, takyah pun nak nak sebok2 semayang kat fitting rroom, habih mana ceruk pi pun, selalunya akan ada surau atau masjid. Tapi? Kenangkan kembali, betapa banyak solat yg kita tinggal, kerana pegi shooping compleks, sbb pegi jalan2 makan angin, sbb apa2 lagik laa...Klau aku nak kira aku, banyak tuh....Sedikit sebanyak, bila berbincang camni, aku insaf jugak, mengenang kesalahan2 aku...Semoga aku tak buat lagik...

Solat, mendalam erti solat tuh, sebab solat itu tiang agama. Aku bukan nak bertazkirah dekat sni, tetapi, bila sesuatu itu disentuh dan disebut di depan aku, malah diperbincangkan, jelas, Allah nak send msg kat aku, secara tak langsung, Allah tegur aku tentang solat aku.

Dan bila kita pandang balik solat kita, adakah kita sememangnya mengaplikasikan satu kehidupan, untuk beribadah kepada Allah, atauu, kita hidup untuk kita, kita hidup untuk dunia, dan beribadah itu hanya sampingan. Sedangkan :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”
(Surah Az-Zariyat: 56)

Ada orang kata, -Aish, solat bukan satu2nya cabang ibadah, buat perkara2 lain pun, klau betul niat nya dan kena caranya adalah ibadah. Not to forget, dalam banyak2 ibadah yg kita buat, perkara pertama yg akan ditanya di akhirat kelak ialah SOLAT.

Relate, relate dan relate, solat itu tiang agama. Bukan sekadar ucapan, untuk menunjukkan yang solat itu penting, tetapi pikir sendrikla, tercapai di akalmu.

Klau kita pi interbiu, soalan 1st kita takleh jawab, camne impression penginterview?Okla, kita sendrikla yg bayangkan diri kita jadi penginterview....hrmm...Klau soalan 1st tuh, leh jawab dengan lancar, peluang bersinar untuk soalan2 berikutnya lebih tinggi. Logik kan.

Klau Allah tanya nanti - camna solat aku, mengapa lewatkan solat, takan aku nak jawab, sy sembahyang zohor salu kul 4, sbb nak tgu sambung asar skalik, sbb sy kija banyak kat opis, on coll sana sni.Tapi ok per, at least, saya solat asar di awal waktu.

Camna plak pada hari berikutnya, kenapa lewat lagi sembahyang? Takan aku nak jawab, sy tgh main game diner dash, rasa besh plak dok main, rasa berat nak tinggal...

Betapa bodohnya jawapan tuh, klau korang jadi interviewer, bukankah itu jelas menunjukkan komitment yg cukup rendah oleh seseorang atas sesuatu yg telah jelas dipertanggungjwabkan untuk kita dalam menunaikannya?

Klau aku CEO, aku tak hire orang camni. Inikan plak kita hamba Allah, yg dipertanggungjwabkan dalam melaksanakan solat, andaikata solat ini tidak mampu dijaga, Allah nak ambik ka aku ni masuk syurga...Aishh...Aszifarisss..........................

Ya Allah, ampunkan dosa2 kami, hambaMu yang lalai dari tanggungjawab kami, dan berikan kami perlindungan bagi kami, untuk memperbaiku mutu ibadat kami padaMu, walaupun diri ini sebenarnya seorang dewasa yang merangkak, dalam mendalami sesuatu dariMu, namun biarlah aku merangkak, dari aku tidak langsung bergerak. Lajukan langkahku.Dengan namaMu yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, kasihanilah kami, kurniakan kami kekuatan, dan lindungilah kami dari syaitan yg terkutuk...Khusyuk kan kami, dalam menunaikan solat kami.

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Setiap dari kita, mempunyai nurani, yang Allah bagi, untuk memandu kita kepada kebaikan, dan kita jugak ada suara syaitan yang sentiasa memanggil kita untuk ke neraka bersamanya..Kita tahu apa yg benar , mana yg salah, jgn tipu, kita memang tau...tapi kita suka bagi alasan, alasan yg sebenarnya berasal dari syaitan, untuk membenarkan, kesalahan2 kita. Sudahla aszifaris, sudah, mungkin tiada lagi nama Aszifa Aris di esok hari....Kita tak pernah tahu, bila kita akan mati...
Sekali pergi, tak akan kembali.
Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu) : "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yg soleh, yang lain dari apa yang pernah kami kerjakan".
(Lalu Allah menempelak mereka); "Bukankah kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran. Oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan". (Surah Faatir : 37)
Salahkanlah orang lain selagi mampu di dunia ini, tapi di akhirat kelak, kita tidak mempunyai sesiapa lagi untuk dipersalahkan. Kita bertanggungjawab, atas segala apa yg kita lakukan...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home