Kejayaan dan Nikmatnya
Esok thn baru, suma org kat opis pun balik awal, sumer pun cam ada plan malam ni....their life is full of celebration..=]...
Sebok suma org menghantar msg thn baru - selamat thn baru, blalblabala, tak kurang jugak yg tanya apa AZAM baru? huhuhu...
Klau ty aku, apa lgik, mengejar kejayaan lah, aku suka kejayaan, ada kejayaan yg aku kejar, dan ada kejayaan yang aku dapat secara tak disangka. Apabila mengenang akan kejayaan, itulah suatu kepuasan. Kepuasan pada diri.
Sampai satu ketika, aku duduk dan merenung, apa erti kejayaan ini sebenarnya, aku mencari2, apakah kejayaan sebenar? Selepas satu kejayaan, aku ingin kejayaan lain, tak pernah puas , dan ingin terus mencari. Tapi adakah kekal semua ini? Betulkan kejayaan yang aku kejar ni?
Tak kurang jugak, aku rasa aku pernah tulis dalam blog ni, tentang " kejayaan adalah milik kita sendiri"...Sesetengah orang menganggap kejayaan itu adalah dengan menjadi kaya-banyak duit, terpulanglah, sesetengah orang anggap kejayaan tu dengan mempunyai banyak ilmu, sesetengah orang anggap dirinya berjaya, apabila dia puas dgn apa yang dia buat, ada yg mendefinisikan kejayaan apabila memiliki karier yg best, ada yg rasa berjaya apabila dapat berbakti kepada keluarga, ada yg rasa berjaya, klau dapat bf yg besh, ada yg rasa berjaya, apabila ada kawan2 yg konon-kononnya bagus sangat.Terpulang. Aku rasa ramai orang yg bersetuju dan berpegang pada kata-kata " kejayaan adalah milik kita sendiri", kalau kita rasa kita berjaya, berjaya la...kejayaan kita, adalah kejayaan kita, tak sama dengan kejayaan orang lain.
"Malu la, la ni adi tadak apa2 pun, nantila, bila adi keluaq nanti, dah ada banyak duit, dah berjaya, baru orang nak pandang" Aku tersentak kejap " Kita tak perlu buktikan pada sesiapa Adi, kita hanya perlu buktikan pada Allah. " Tapi kata2 tuh tak terkeluar dari mulut aku. Aku sendrik pikir balik apa yg terdetik. Aku senyum, sbb bila aku kenang balik diri aku, aku pun ada motivasi yg macam tuh, nak berjaya, sbb nak buktikan , YANG AKU MAMPU. Jangan pandang lekeh kat aku!!...
Yes, itu motivasi yg baik, dan mungkin lebih baik dari orang yg asek wat derk ngan suma menda. Tapi klau kita tenung dengan lebih dalam, kita rugi. Niat dah terpesong, walaupun akan bawak hasil yang baik. Rugi, sbb tiada nama Allah di sebaliknya. Salu orang cakap, "menda ni baik, Allah pun suka orang yg berbuat baik". Ayat tuh nampak ok, tapi lebih ok kalau, Allah suka orang yg berbuat baik, jadi aku buat menda ni. Allah bukan satu nama sampingan, tapi satu nama yg perlu didahulukan. Ampunkan aku atas kesalahan aku Ya Allah.
Lepas satu, satu, lepas satu, satu. Tapi sampai bila, dan bila dah genggam kejayaan tuh, nikmatnya bukan lama, tidak kekal, sekejap sahaja, lepas tuh, ia terbang bagai angin lalu~~dan kita terus mengejar kejayaan seterusnya...Dan kita berada dalam satu cycle yg sama. Kejayaan demi kejayaan. Sampai bila?
Mustahil tak ada satu definisi kejayaan yg tepat. Sedangkan kejayaan itu adalah sesuatu yg baik. Bila asek berjaya, dan berjaya, kita akan terus tertanya2..bagaimana untuk berjaya secara kekal. Apa kejayaan yg paling besar??Kejayaan adalah milik kita sendiri? Aku mula ragu dengan kenyataan tuh, klau semua orang berpegang dengan kata-kata, kejayaan adalah milik kita sendiri, semua orang kat dunia ni boleh buat suka2 hatilah. Klau semua orang anggap kejayaan itu berbeza, bermakna, semua orang layak mengejar matlamat yang berbeza dan boleh mementingkan diri sendiri, asalkan, KEJAYAAN itu miliknya. Klau semua orang mempunyai matlamat yg berbeza, dan tidak berusaha pada satu matlamat yang nyata, dekat mana wujudnya kesatuan ummat? Patutla pecah belah dunia ni.
Jadi wujud persoalan.
Apa KEJAYAAN yang paling besar yg sepatutnya kita kejar?
Sedang kita ini hamba kerdil ciptaan Allah, mana mungkin, kita mempunyai jawapan sendiri untuk kejayaan yg sepatutnya. Allah lebih layak menentukan kejayaan yang sepatutnya.
.."Dan ( ingatlah ) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya, ia telah mencapai sebesar-besar kejayaan." (Al-Ahzaab: 71)
Dan nikmat kejayaan ini kekal.
" Sesungguhnya, orang-orang yg beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan pelbagai nikmat. Kekallah mereka di dalamnya" (Luqman:8-9)
Semoga, azam baru kita semua, hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap apa yg kita lakukan, kerana ia adalah sebesar-besar kejayaan, dan sebesar-besar kemenangan itu adalah syurga. Semoga Engkau membimbing kami Ya Allah, dalam memastikan kami semua berada pada jalan yg lurus. Ampunkan aku, dalam dosa sehari2 ku.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home