Sunday, December 02, 2007

Eye On My

Heyaaa....Mari Melawat Malaysia!


Ok, blog di buka kembali setelah, under construction for baper ari ntah. Takdenya aku nak tutup blog aku kan...Cuma mengurangkan pembaca la kot..kiki. Naper aku menulis? Aku stat menulis sejak aku matrik, then menulis dah jadi satu habit sejak aku kat USM. Byk unpublish artikel n unpublish puisi2 aku, pandangan2 aku, olahan2 aku ttg buku cerita or cerita or orang. Nantila, klau rajin aku publish...huhu....

Setengah orang tak mampu tulis, klau tader org nak baca, tapi mungkin motivasi aku lain kot. Aku tulis untuk aku, dan untuk generasi aku, andaikata aku dah tader kat dunia ni.

I wish, my mother has a blog.
Its fun, bila baca balik, apa yg mama tulis, walaupun, ia cuma keratan2 kertas, or ada terlepas kat buku mana2...My mom tader fix jurnal...cuma bila kami sume kemas2 balik, jumpala...As for me, aku ada fix jurnal, aku jugak ada blog. So, klau aku dah takder nanti, bacala...n ambil sesuatu dari apa yg dah aku alami. Thats it.

Petua untuk menulis secara jujur ialah - "Ni kan blog aku, lagipun bukan ada orang nak baca pun kan" ....Sng....so bleh tulis secara meriah.

But lepas ni, mungkin cara penulisan aku ada sedikit perubahan. =]. Malam ni nak update gamba untuk post2. A picture worth than thousand words kan.

Arini besh, sbb gi jalan2...Ceritanya nak gi timesquare je, nak jumpa Mey, Mey ni trainer aku masa Microsoft Cert kat USM dlu. Dia indon. Seronoknya nak gi jumpa dia tadi. Aku ngam ngan Mey ni, bukan sng nak jumpa orang yg aku ngam. Mungkin sbb kami sama dari segi 'nak wat apa pun kena semangat' ...hehehe...dlu, dia salu motivate aku masa MCAD. Salu cakap, "semangat Ya Aszifa" Dia pandai provoke aku. Tuh yang aku suka. Dia suka kata aku matang, n nampak tua. Dia cakap, aku ni klau kata anak 3 pun ok. Ha ha ha. Ya la sangat tuh..

Mey ni tak reti2 nak senyum. When i said - "Mey, please smile la".. She always said " Expensive ya"=]


Mey ni baik. N sangat memahami. Tapi aku takleh la lelama ngan dia, ngan org yg sama ngan aku, aku takleh lelama sangat, hypertension satgii....Aku kna ngan orang yg bleh melengkapi hidup aku...Baru dia stabil.


Niat nak belanja si Mey ni ngan belanja ema skalik. Tapi last2 aku belanja ema je la, dah Mey ni ngan kawan2 dia huhu. Ema kata kawan laki dia tuh hensem. Sepanjang jalannn Ema ni , arini dok kata org tuh hensem la, orang ni hensem laa...Aish..mcam2 la minah ni...


Pastu tadi, bila Mey dah gerak, aku ngan Ema tercangak2 la kat time square tuh, sbb tak tau nak wat apa dah kat situ, nak shoping, aku shopin bagai nak ghak dah bulan ni, aku kena saving, n simpan duit untuk duit raya haji bulan ni. So, avoid diri dari masuk kedai2..uwaaa..beg cantik, kasut lawa. Tiada ku tertahan. Tapi nafsu ini perlu dikawal. Klau tak syaitan join, then jadi la monster satgi.
So, lepas tuh, ntah mana datangnya idea, "Eye On Malaysia" Teringat plak, dah Disember ni, dah nak tutup EOM tuh...haha..So, kami mendecide untuk pegi ke EOM walaupun dedua orang tatau jalan. Tapi standard la, hentam je la kan...bantai2 mesti sampainya...=]


EOM ni cantik ya, besh. Ema dah gayat2 dah, aku pun gayat gak first time dia pusing tuh...pastu dah masuk second time aku dah tak gayat dah...Seronok pulak, then dah third time, aku ingat dah last. Dia pusing lagik, 5 pusingan la semuanya.....Tapi ok laa....rasa cam pi bercuti plak kat sni. Pastu kami pi pusing2 satu tasik tuh, sampai dah nak lenguh kaki...Its a nice date ema. =]



Then, kakak msg, cakap suh beli sikat tanduk kerbau klau kuar. Untuk abg fazel la ni. Aish.Sikat tuh, dia nak hat lain dan pelik jugak. Abg ipar aku ni pelik, taste pelik2..kikikiki...aku pun ok laa...

Aku penah cari sikat tuh dlu. Kat Masjid Jamek la. Tapi time aku pegi tuh, kedai tuh dah tutup. So , arini, lepas Eye On M'sia, aku ngan ema, terkedek2 la plak ke MJ....Kami pun bertanya2 lah, di mana sebenarnya abg sikat ni menjual sikat ini. Kesimpulan yang dapat dibuat, dari tinjauan kami berdua, abg sikat tuh sudah tidak menjual di situ lagik. So takdak sikat lah. Uwau uwau...


There is only one pic, gamba kami berdua. Sbb pakai enset. So kene tangkap sendrik jerk. Panas terik, nak bukak mata pun susah....


Lepas tuh, habisla perjalanan pada hari ini. Esok kami akan pergi bekerja. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan aku pada minggu ini. Bagi semua urusan berjalan lancar. Bagi review aku dengan bos pada hari selasa ni berjalan dengan sangat lancar. Lancarkan semua percakapan ku, agar bos aku paham apa yg aku nak cakap. Klau aku yg kena wat meeting team building tuh, bagila semuanya ok dan berjalan lancar. Clearkan menda2 yg tak besh dalam kepala ni Ya Allah, dan biar aku sentiasa gembira, ceria dan seronok di tempat kerja. Amin....Sesungguhnya, Engkau yang lebih tahu apa yang Kau takdirkan pada aku. Bless me. Bless me a lot. Hanya padaMu ku sandarkan semua impian. Makbulkan permintaan ku ini Ya Allah. Aku hambaMu, yang sering terduga dengan emosi. Kentalkan jiwa aku Ya Allah, kurniakan aku KEYAKINAN yang tinggi, sepanjang aku berjalan dalam karier ku Ya Allah. Minggu ni aku nak stadi. Dah lama sangat aku slow down ni.




Video yg tak sempat nak edit la. Pakai tangkap muat je ni. Kami berdua naik dengan adik2, 3 orang. Adik kecik depa ni nama Mira. Asek cakap pekataan salah je. Dia nak cakap, " korang ni asek mengarut ja". Tapi dia pi cakap, "korang ni asek mencarut ja" Pastu ada lagi, Mira ni cakap, " eh,nanti terkuka-kuka" Suma orang cam, terkuka2 tuh aper???? Tak paham, tak paham.


Ema dia nak snap jugak on the way tadi. Btw, iTs a good spirit! Kita mesti bangga, dengan tempat kerja kita!!Walau di mana saja, kita bekerja! Yeah!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home