Wednesday, November 28, 2007

The small me.

Ni kek susanna..=] Kami telah menyambut bdaynya di pantri tingkat 2

Aper aku buat pagi2 ni kan kat sni. Cam dah jadi habit plak tido, pastu bangun, pastu aku online dan menulis post aku. Sejak kebelakangan ni, pas balik kija, aku lagik prefer terus tido. X kira la, kul 8 ke, 9 ke, 10 ke, pastu suka hati la tejaga kul bapa, aku bangun dan online. Salu aku akan tejaga. Salu la..bukan tetiap malam tejaga. Aku lagik prefer menulis time2 camni. X hingaq rumah ni, gerak geri aku pun tak diperhatikan. Ni buat apa asek orang perati. Hmm. Ada sajala yg tak btuinya kan....

Tadi aku kuar ngan Kak Noreen. Akhirnya impian aku tercapai untuk jumpa dia jugak. Kak Noreen ni, aku knal masa kat U, terrr..kenal sebenarnya. Masa aku mula2 jumpa dia, takde perasaan pun, for me she is the most most normal person. Cam aku mula2 jumpa erni dlu jugak.




Sib baik Kak Noreen balik kl kejap. Sempat jumpa..


Sejak dari 2nd year la, aku kerap dok pi jumpa dia. Selalunya sebulan sekali. Time2 aku pikir banyak sangat, n menda2 tuh dah tak terjawab. Aku gi cari Kak Noreen. Tapi Kak Noreen ni pun sebok, aku ni plak banyak sangat soalannya. Aku cian gak kat dia dok melayan aku. Tapi dia tak boring. Aku respek giler la kat dia ni. Dia memang tak boring dalam bab berpesan2 pada hamba Allah, sbb dia cakap :

[1]Demi Masa! [2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ayat ni kekal di bibir Kak Noreen(k.N), dari dlu sampailah skang. Sejak k.N jadi warden rumah RS,k.N semakin tegas. Lebih tegas to say NO, to what Allah say NO. k.N dah nak kawen thn depan, aku seronok gilerr, dengar berita ni. Akhirnya. Tak sangka jugak. =]

Aku suka dengar k.N cakap, walaupun pedih tertusuk2 sbb dia point out suma salah aku, kat mana pincangnya aku, but it goes through discussion. And we exchange knowledge. Walaupun dia terlalu baik buat aku, seolah2 aku bleh cakap, 'siapalah aku', tapi bab2 ilmu dia akan pertimbangkan semuanya. Dan k.N petah dengan dalil. Dan dia tegar dalam menyebut yg benar, walaupun dia pun berpendapat, dia bukan sesempurna mana, tapi perkara2 yang dia tahu, eloklah dikongsi2..

Ni la koko krunch, aku dapat freee di burger king. Memang kempunan koko crunch, dapat free pulak...memang rezki la. =]

k.N nasihat, tak pernah berbau ego. Tak ada padanya ayat. ' Tuh arrr,,,kan aku dah cakap, dlu takmo dengar'. Dia tak mintak orang dengaq cakap dia. Dia mintak orang dengaq cakap Allah. Dia tak mintak orang tgok dia hebat. Dia melawan perkara2 yang salah, bukan atas dasar keegoaan dia, tapi atas dasar, menegakkan sesuatu pada jalan Allah.

Aku hargai persahabatan ni, jauh skali, aku memuja insan biasa macam dia. Tapi dalam hati aku, aku sedar, Allah tuh hantar pesanan dia dalam banyak segi. Salah satunya, kawan-kawan yng dihantar pada kita.
Lawak jugak k.N ni, bleh dia cakap kat future husband dier, klau dah kawen, dia takmo pakai tudung labuh, nak cam gini jugak. Pastu nak pakai jeans. Ha ha ha. Future husband dia kata ok je. =]

Hampir setiap orang yang aku kenal. Terlalu banyak jasanya buat aku. X kirala, baik ke, alim ke, sederhana ke, as long as u make me thought of something. Aku kenang semua tuh. Kdang2, kita rasa berat sangat nak berdepan dengan seseorang yg tak ngam ngan kita. Tapi tanpa disedari, orang2 ni Allah hantar buat kita, untuk buat kita lebih tabah dan kuat. For sure, bila dugaan dapat diatasi, kita akan jadi lebih kuat. Sbb tu, klau bila berdepan dengan orang yg 'kini' tampaknya, selalu menyusah-nyusahkan kita, fikir balik, seblom kita judge dia, dia membawa banyak kebaikan pada kita sebenarnya, dan membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Sebab tu Allah kata, semua takdir yang telah ditetapkan pada kita itu baik.

Aku masih dalam proses penyucian hati aku ni. Dan, aku seolah2 takmau mengeluh lagi kat blog ni, biarlah segala dugaan perasaan yang menyerang aku, aku simpan, dan luahkan hanya pada yang Esa. Allah mengetahui, kita tidak.

Aku still go slow dengan career. Aku bukan aku yg aku tuh. Tapi bersebab aku buat camtuh. Member kat opis suma gile kija. Still, ada suara hati yg menyuruh aku go slow. Ada sebab. Yang tak mampu aku explain.
About goal. As i am goal-oriented person, ada saja goal yg aku nak achieve, aku masih bergoal. Cuma aku masih belajar untuk redha dengan segalanya. Bukan senang nak redha untuk orang yang bergoal. Bukan mudah untuk aku. Di suatu segi, dalam beberapa aspek, aku boleh tolerate dengan diri aku, dan aku redha dengan SEPENUH hati. Tapi, ada dalam aspek2 lain, aku pincang, dan tak mampu redha dengan sepenuhnya. Tak salah ada matlamat, tapi biar redha.
Sesungguhnya, aku masih berusaha untuk itu.

Kadang2, seronoknya, andai kita mampu berseronok dengan keseronokan dunia. Tapi buat aku, aku hanya mampu berseronok dengan yg seronok itu buat seketika. Lepas tu aku rasa jiwa aku kosong balik. Aku di tgh2, ada tolak dan ada tarik. Tapi kesal tu akan muncul, selepas aku terlampau seronok. Menda tu buat aku pikir banyak. Klau aku taknak yg seketika, maka kejarlah yang nyata.

I try my best untuk menerima fitrah hati aku ni. Walaupun banyak dugaannya. Aku kan khalifah Allah yang dikurniakan akal untuk menjalani kehidupan aku. Aku kena kuat, dan tak mengeluh.

Takde orang yg nak tolong diri aku , selain diri aku sendiri. Walaupun skang aku diserang dari segala macam segi, aku tahu aku ada kekuatan untuk terus kekal survive. Allah ada untuk aku.
One hour. Dah 4 oclock. Masa untuk aku sambung tido. Esok aku sambung cerita lagik.
Ya Allah, ku pohon, ampunkan hambaMu yang sering berdosa ini. Aku tahu, tingkat iman seseorang itu berubah pada amalnya. Di saat ini, di saat aku mendekatkan diriku yang hina ini padaMu, aku mampu berfikir sebegini. Namun aku risau, dengan masa depanku, yang masih tidak tentunya. Rahmat dan kasihMu, ku harapkan, agar aku sentiasa berada di jalanMu. Dan jadikan aku orang2 yang kematiannya, berakhir dengan kebaikan. Jadikan aku hamba yang redha Ya Allah, dengan apa yang telah Engkau takdirkan padaKu. Jadikan aku, hamba yang berkerjaya keranaMu Ya Allah, bukan hamba yang mengejar wang, jauh skali pangkat dan nama. Jadikan aku ikhlas, beribadat dalam karierku Ya Allah, dan bagi aku kebijasanaan akal yang tinggi, untuk mempermudahkan segala urusan aku Ya Allah. Tingkatkan kemahiran logik aku, programming skills aku. Let me do well in java, n jsp Ya Allah. Terangkan hati aku, seterang2nya untuk urusan2 ini Ya Allah. Andai ini sesuatu yang telah Kau tetapkn untuk aku, izinkan aku lakukannya dengan Yang Terbaik. Andai ini dugaan yang Kau tetapkan untuk aku, di saat hamba ini hanya biasa pengetahuaannya tentang programming, let me do well, with the guidence of You Ya Allah. Guide me well.

Pilihlah Allah, kerana kita akan dapat semua. Tinggallah Allah, maka habislah semuanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home