No words...
HambaMu ini,
Ingin menadah tangan,
Tanda syukurnya,
PadaMu Ya Allah,
Tiada ku kata,
Hatiku telah sembuh sepenuhnya,
Tetapi ia kembali bersemangat,
Dalam menjalani sesuatu yang telah ditetapkan olehMu...
Aku ini degil bukan?
Suka tersungkur,
Baru ingin kembali,
Suka tersadung,
Baru takut untuk menjejaki...
Kerana itu,
Ampunkan aku Ya Allah,
Dan jadikan aku hamba,
Yang jauh dari lekaaa....
Aku tahu kenyataan itu,
Tapi aku jauh dari sedar,
Aku tidak mengerti,
Betapa berdosanya aku,
Aku sangka,
Ia bukan dosa,
Tapi jelas nyata,
Ia dosa,
Sentakan itu semakin kuat,
Kerana ia dosa hati!
Ampunkan aku Ya Allah,
Dan sucikan kembali hati ini,
Jagailah ia selalu,
Agar ia sentiasa suci.....
"Hati, ia hanya satu, dan dari ialah, segala2nya meleret, andai baiknya hati, baiklah kita. Andai kotornya hati, kotorlah kita, hati, jangan pernah biar hati itu, merindui "seseorang" sehingga leka dan lalainyaa...sehingga tinggi angan-angannya. Kita tiada sedar, kerana kita tidak mungkin sedar, selagi mana kita berada di lingkungan itu. Kita hanya mampu sedar, apabila kita mampu keluar dari kepompong yang melilit, yang jauh dari sedap, yang mungkin sakit. Tetapi yang pahit itulah ubat, yang menyuntik satu ramuan hebat,Selagi mana aku kenang kesalahan aku ini Ya Allah, aku malu untuk mengangkat muka untuk mengadapMu, namun ampunkanlah aku Ya Allah. Jangan pernah biar aku ulang lagi perkara sebodoh ini. Bodoh yang berdosa. Ampunkan aku, dan jauhkanlah godaan syaitan dariku.Hati kita milik Allah, jangan pernah serah ia pada insan lain, biar segala-galanya bergerak kerana Allah, bukan kerana kita suka, tapi kerana Allah suka"

0 Comments:
Post a Comment
<< Home