Tuesday, November 27, 2007

Dunia.

Sometimes it happen. Dunia ini penuh dengan orang yang asalnya mempunyai esteem diri yang rendah. Kadangkala, improvement pada esteem itu dilakukan dengan cara yang baik. Kadangkala, dengan cara yang salah. Apa yang salahnya? Salahnya apabila, seseorang menggunakan cara "merasa lebih baik daripada orang-orang lain" untuk merasakan dirinya bagus.

Orang macam ni selalunya seseorang yang selalu mencari di mana kurangnya orang lain. Dan dia mula membuat comparison, antara dirinya dengan orang lain. Dia tak boleh hidup, andaikata, orang lain, lebih dari dia, dari mana-mana segi. Kadangkala, orang sebegini memang tak boleh paham, kita semua ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tapi ada jugak yang paham. Tapi, golongan sebegini, secara luarannya, sememangnya tidak ingin terima, bahawasanya, sememangnya ada orang yang lebih bagus dari mereka.

Kesannya? Kesannya terhadap orang yg baik2 lah. Orang jahat takpa, jarang terkesan. Sebab tuh kita kena pandai detect, jangan pernah menjadi hamba untuk "mengimprove" esteem mereka. Kerana mereka-mereka ini hanya menggunakan kita. Untuk membuat mereka rasa lebih baik dan lebih berharga. Kadang2, ucapan mereka berbau nasihat. Tapi kita sememangnya diberikan kebijaksanaan untuk menilai, samada nasihat itu diberi, sememangnya untuk membawa kita ke jalan yang betul , atau , nasihat itu diberi kerana memuaskan ego mereka yang menyala, semata-mata untuk mereka merasa lebih baik dan lebih bagus dari kita.

Bahayakah mereka? Bahaya, kerana ini semua berasal dari hati yang sakit parah. Bagi yang tak reti melawan, takper, buat tak tau ja. Masuk telinga kanan, kuar balik di telinga kiri. Biar segala keegoaan mereka terlepas. Kalau mampu bertahan, dan bagus kalau mampu bertahan, kerana sememangnya kita tak payah nak buktikan apa-apa dengan mereka. Mereka sendiri tahu, siapa diri mereka. Cuma mereka berselindung di sebalik topeng kekebalan, yang isinya rapuh dan goyah.

Orang-orang macam ni sememangnya sakit, dan kasihanilah mereka~~. Kalau kita banyak membaca dan memerhati, kita akan sedar, perlakuan seseorang sememangnya terhasil dari kisah silam mereka. Anak-anak yang terabai dalam keluarga, rakan-rakan yg terpinggir di sekolah, atau konflik diri yang tidak pernah selesai, atau tidak mahu diselesaikan dengan cara yang betul.

Beware. Kena pandai bezakan. Kalau orang macam ni keep on cari pasal dengan diri kita. Takyah kacau balik dia, sbb dia memang tak boleh jejaskan apa-apa dalam diri kita. Kita yang kena pandai jaga diri kita, Jangan pernah terpengaruh dengan kata-kata mereka. Anggap saja, ada seekor anjing jalanan, yang sedang menyalak pada gunung yang utuh. Walaupun salakan itu kadang2 membingitkan telinga, tapi gunung tetap disitu, tak perlu buat apa2, kerana salakan kekal salakan, x mampu meruntuhkan gunung yg kekal utuh.

Di mana baiknya mereka untuk dimanfaatkan? Orang sebegini sangat berguna untuk kita detect, di mana salahnya kita. Mereka tak akan sebut yg baik pada kita. Ni klau yg betul2 ntah paperla. Tapi still, ada segolongan yang boleh menerima kebaikan orang lain, tapi masih mencari2, dan mengorek-ngorek kelemahan orang lain, semata-mata untuk merasa dirinya bagus.

Guna perkara ni untuk improve diri kita. Orang camni selalunya menyebut kelemahan orang lain. But wait, analyze betul2, apakah kelemahan yang dia sebut itu, sememangnya kelemahan kita, atauu, bukan. Kalau betul, ambik menda tuh, dan fix kan. Kalau tak boleh fix, sekurang2nya, orang tu buat kita sedar, kita pun bukan sempurna, tapi jangan pernah, biar orang macam ni ganggu esteem diri kita. Esteem dia dah goyah, jangan biar kita pulak yang goyah. Yakinlah dengan kelebihan diri kita.

Mengapa perkara ini dipersoalkan? Kerana jemu mendengar nasihat yang berlandaskan keegoaan semata. Jemu dengan orang yang nak menang dalam semua benda. Cakap, dia saja yang terer. Buat apa pun, dia sorang yang betul. Orang lain semuanya tak kena. Orang lain semuanya tak bagus. Tapi tenunglah orang2 sebegini dengan lebihh dalamm. Kita akan mengerti, kadangkala mereka hidup dalam ketakutan, kerana mereka sebenarnya tahu, siapa diri mereka yang sebenar-benarnya.

But anyhow. Hanya orang2 tertentu sahaja boleh belajar dari pujian. Tapi seringkali, ramai dari kita belajar dari kritikan. Andaikata, kritikan itu membina. Ambik. Walaupun itu hanya provokasi dari jiwa yang ego. Jangan lepas peluang, untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Semoga Allah membawa kita semua ke jalan yang benar.

"Kadang2, kita rasa kita seolah-olah hilang akan "sesuatu", tapi kita tak hilang sebenarnya. Kita cuma kembali, pada suatu keadaan asal, seblom kita mendapat "sesuatu". Allah pinjamkan. Jangan persoal bila Allah tarik balik. Itulah yang terbaik. "

0 Comments:

Post a Comment

<< Home