Di sebalik nama...
Awal aku menulis harini, kembali menatap blog yang aku rindui. Tulis blog pakai nama sendrik. Memang habis la klau orang search nama aku kat google tuh. Terbentang indah blog ni. Tapi sapa pun yg nak search nama aku, company ke, lantakla. Tapi pastila orang yg search nama aku mesti org yg nak tau pasal aku....So dia bleh tau...=]
Dlu masa kecik2, aku rasa nama aku pelik, sbb takde orang nama cam aku, susahhnya nak bagi orang sebut...Aszifa. Sebut salah. Eja salah. Lempang kan. Azifa, Haszifa, Aszifah, Azifah...Aszifa la...Cikgu sebut salah, kawan2 sebut salah, tambah2 yg baru kenal...Susahnya nak bagi ingat nama aku....
Tapi bila dah besar2, aku suka nama aku. Sebab nama tu lain. Dan lain dari yang lain. And i live with that name and i think that name gives a very big impact to myself. Satu lagi soalan orang salu tanya, kenapa Aszifa jadi Jie. Aku pun terangla. As-zi-fa.. kan ada -zi- kat tengah tuh. Aku tgok kat album aku, yg penuh ngan gamba2 aku masa aku umo 1 thn...Mama tulis Zi. So dari Zi, jadi la Jie. Heh. Jiji is my name too. =] Jiji, jie, aszifa. ok. But please dont call me ifa. Muntah. Aku rasa tak masuk ngan aku. Jie lebih humble dan biasa.
Nama Aszifa, tak ada maksud dalam arab ok. Cuma ia bermaksud dalam tujul muluk. Maksud dia adala dalam satu paragraph. Aku tak baper ingat la. "Berambut halus" Yang tuh aku ingat.=]
Lagik satu yang lainnya pasal aku, surat beranak aku besar. Tak cam surat beranak orang lain. Orang salu tanya, eh naper ampanya surat beranak besaq. Masa kecik2 la kan...heh. Ceritanya...
Sbb tukar namalaaaaa...Dlu, nama aku Aszila. Pastu. Mak aku suh ayah aku gi tuka..Mama ckp, nanti dah besar, nak suh aku bukak klinik. Dr Aszila tak sedap. Dr Aszifa bunyinya lebih sedap. =] Aku ingat lagi, mama cerita menda ni kat aku dlu. Tuh pun sbb aku tanya kenapa surat beranak aku besar, masa tuh aku dajah baper tatau. Pastu mama cerita pasal maksud nama aku...termasukla, nama aku yang diplan, ada Dr di depannya.
Sebab tuh aku belajar betul2, nak kabulkan impian mama. Impian aku satu, aku mesti jadi Dr, dan bukak klinik. Aku nak buat banner, Dr Aszifa kat situ. Cam mama cakap. Aku ada impian tuh, apa saja impian mama, adalah impian aku. Masa aku form 1, mama bagi buku "Menuju Menara Gading". Aku habis baca, tapi satu apa pun aku tak paham. Aku tak leh selam, kata2 di sebalik buku tuh.
But ur lovely doter, turn out to be a programmer mama =]. But my life getting better rite now. Life is not about being a doctor. Life is a life. Aszifa Aris the programmer, is better i think. Biar dia hidup sorang2 tanpa mama kat sni, supaya dia tahu, kesayangan yang tertinggi itu pada Allah, dan bukannya manusia.
Siapa yang tak kecewa, tak dapat makbulkan impian mak sendiri. Tapi, takdir aku. Sebab tu, bila masuk U, as a comp sc student, aku kuatkan sepenuh semangat kat sana. Aku tak mahu jatuh lagi, dan menguburkan impian lagi, kerana kesalahan aku sendri. Even its only one year, I'm in that miserable state, after i lost my mother, tapi aku hilang banyak menda. Sebab apa? Sebab kejahilan, dan kebodohan aku sendrik. Kerana kesombongan aku, dengan hal aku sendrik, dengan jiwa aku, dengan kesedihan aku, dengan sifat aku yg tegar, tak suka berubah, tak ada plan, tak ada matlamat. Itulah kuatnya penangan, kehilangan cinta seorang manusia, tempat aku bergantung harap.
Tapi, aku berterima kasih pada Allah, kerana membuat aku jatuh. Itu buat aku sedar, aku perlu bangkit kembali, dan itu buat aku sedar, sebagaimana aku jatuh dan jatuh, dan akan jatuh lagi, aku mampu bangkit. Sejauh mana kita merancang, hanya Allah yang menentukan. Sejauh mana kita tak mahu jatuh, walau segala2nya hampir perfect. Andai Allah kata jatuh, tersungkur jugakkk....
Yang penting, Kemahuan. Tiada siapa yang dapat membantu kita, selain diri kita sendiri. Tiada siapa yang dapat mengubah kita, selain diri kita sendiri. Allah pun akan hanya bantu kita, kalau kita ada usaha untuk membantu diri kita sendiri.
Kadangkala, tingkahlaku aku, sukar difahami, tapi untuk setiap sesuatu yang aku buat, ada sebabnya. Tapi kadang2 aku tak mampu nak explain. Tak semestinya perkara yang aku buat itu betul. Tapi biar salah, andaikat aku benar2 belajar daripadanya. Biar tersungkur, andai itu yang mendekatkan aku pada jalan yg lurus.
Life is always a life. Kita bukan hidup untuk menjadi programmer, dr, cikgu atau apa saja, tetapi, untuk menjadi insan, yang memenuhi amanah yang telah Allah amanahkan pada kita, dan menjalani semua ujian2nya dengan setabah mungkin, sehinggalah, hari kita pergi menemuiNya..
Ya Allah, hambaMu yang lemah ini bermohon, sejahterakan roh mama di sana, dialah insan yang sangat aku hormati didunia ini, kasihnya padaku terlalu banyak, dia yang banyak mengajar aku, erti hidup ini. Masukkanlah ibuku Sabiah binti Aminah ke dalam syurga, dan jauhilah dia dari api neraka. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dan ampunilah jua aku yang terlalu berdosa ini Ya Allah. Berikan aku keyakinan untuk berada di jalanMu, walau apa saja yang berlaku. Biar hati ini tiada pernah mengingati sesuatu lebih dari aku mengingatiMu, dan elakkan aku dari kerisauaan pada dunia tempat ujian ini Ya Allah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home