Izinkan aku..mencintaiMu...Setulusnnya...
"Burung ape? Burung Murai.., burung aper? Burung murai"...hmm..sedih iklan ni, tgok dengan abg faizal tadi....Arini sumer ader kat umah, kakak, kak linda, papa, abg fazel ngan abg faizal. Makciik mah tader, dier gi umah mak dier jab, satgi baru datang sni...Malam ni malam raya, dah 6 kali beraya tanpa mama...
Tadi bebuka puasa kat umah jerk, memula papa cakap nak bawak aku gi umah tok, bebuka kat sana ramai2 ngan sedara makcik. Ok je, pastu aku terasa nak bukak pose kat umah lakk, ngan kakak2...the one and only day for this ramadan nak bebuka sesama...Then papa pun cakap, takpela camtuh, papa pun bebukak kat umah jugakklaa...makcik dari siang tader, dier kat umah tok...
Siang tadi dok bubuh duit raya lagik, hehe, dapat duit raya laa dari makcu jie thn ni...besh nya dapat duit raya...klau dlu kecik2...syok dapat duit raya RM10. So thn ni, byk gakla RM10 tuh kuar, sbb mesti besh membeshkan budak2 kecik. Dlu, kakak salu dapat duit raya lebih, klau kakak dapat Rm10, aku dapat RM 5 je, camtu laa..budak kecik la katakan...tapi tak suka, aku salu question dlu, mana aci kann....Aku masa kecik2, cakap kat diri sendrik, klau dah kija nanti, nak kasi sama rata jugakk...heh, ingat tuh, ingat, sumer memory kecik2, apa yg orang bagi, saper salu bagi duit raya, banyak mana, banyak mana sumer aku ingat...Orang salu cakap, budak kecik tak tau aper, saper cakap? aku tau banyak jer....hati budak2,,kena jaga, bacala buku psycology kanak2...lots to discover..
Sok aku takleh gi kubur, borink tul laa...aku rindu kat mamala, nak gi kubur...aishh..biaqla...Ni tgh pasang takbir raya kat comp sambil dok susun2 folder yg berselerak giler...
Hihi, kakak panggil bubuh kueh lakk...break jap dari menulis blog...beshnya dok umah ni..besh, besh yg besh, takyah gi jlan pun besh..
Break lagi..haha...dari kul 8.30 aku nulis menda ni, baper banyak break dah ni, sedih la citer rosyam nor tadi...cian kat mas tu kan, nanti2 je rosyam tu pilih sape, last2 skalik dier pilih ex-wife dier gak,aku rasa cam aku paham jer perasaan mas tu, pengubat kesunyian org jer, klau dah tader sape carik kiter, klau dah ada org lain...huhu...dibelakangkanlahh. Takut tul menda2 camtu berulang lagikk...sape la yg suka kita ni betul2 pun tataulaa..=]Saya sukakan awak, tapi saya cintakan orang lain..Biasala ayat tuh, ayat filem yang selalu berlaku di alam nyata. We dont like that words, but sometimes, we say it to others too.Sampai bila kitar ni nak berhenti pun taktaula...But still, i believe, God will guide me well in choosing somebody.Just let it be lah. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.
Rasa cam nak main game, tapi kakak suh tido awal, tapi nak men game gakkk....bulu mata ni dah stop jatuh dah, klau dak beberapa ari lepas dok luruh2 jaa...mesti my famili yg miss me time tuh..kiki...
Esok pagi aku gi raya umah makcik2 kat gurun dlu kot, pastu maybe ptg tuh gi umah mak makcik mah, buat mee sup katanya...Dah 2 bulan la papa kawen...=] Akhirnya..ia berlaku. Klau mama ada, mesti mama seronok nak dapat cucu, 2 orang lagik tuh...kak ja bulan 10, kak linda bulan 12, dedua laki..memula, dr kata kak linda ni anak pompuan, tapi aku tgok kakak aku ni belemoih jaa..hihi..muka pun tanak cuci..orang ckp, klau selekeh2, selebet2 skit ni, anak laki laa...n tul la kot tuh, anak laki,scan balik baru2 ni, anak laki...=]Tgu keluar je la, baru tau nanti.
In life, kita tak pernah tahu, apa yg bakal berlaku, setelah menganalisa risiko, kita membuat keputusan, tapi setiap keputusan tuh, memang kita gamble, tak tau penghujungnya macam mana, kita hanya mampu meneruskan segala yang telah dimulakan....Mungkin ada peluang untuk berpatah balik, dan memulakan segalanya, tapi jarang sekali kita mendapat peluang sedemikian. Gamble. Whatever happen, just move on.
Kadangkala hati ini takut dengan hala tuju,
Kadangkala hati ini keliru dengan tingkahlaku,
Kadangkala hati ini tidak mampu dan buntu,
Kadangkala hati ini risau tidak menentu,
Namun dengan adanya rahmatMu,
Hati ini mampu tenang dan berdamai,
Dengan adanya keputusan dariMu,
Hati ini mampu meneruskan sesuatu..
Takkala mengenang sesuatu dariMu,
Semuanya tampak senang dan mudah,
Rahmati aku dalam langkahan perlahanku,
Takdirkan segala sesuatu, hanya yang terbaik buatku,
Takdirkan hati ini mencintaiMu seadanya,
Takdirkan hati ini mampu melihat segala sesuatu,
Hanya dariMu..
Aku tak ingin jadi hamba yang mencintaiMu,
Hanya kerana Kau banyak memberi aku segala sesuatu,
Jadikan hati ini,
Mencintai Mu kerana tulus cinta itu,
Jadikan aku ikhlas melakukan segala sesuatu,
Tanpa sebab dan musabab selain Mu,
Jadikan aku iklas dalam tanggungjawabku,
Kerana cinta yg benar, tulus, ikhlas padaMu,
Ya Allah,
Aku hanya hambaMu yang lemah,
Mungkin,
Aku melakukan sesuatu,
Kerana itu yang perlu dilakukan,
Namun,
Seburuk mana aku,
Latihlah aku,
Latihlah hati ini,
Sentiasa ikhlas denganMu,
Aku tak ingin jadi hamba,
Yang hanya takut akan balasanMu,
Aku tak ingin jadi hamba,
Yang melakukan sesuatu,
Sekadar mengharap balasan dariMu,
Aku ingin jadi hamba,
Yang ringan hatinya,
Melakukan segala sesuatu,
Kerana cinta tulusnya padaMu...
Permudahkanlah urusan kami Ya Allah, dalam berurusan dengan dunia kapitalisme ini, yang mana konsep kehidupannya, mungkin jauh dari yang benar itu. Tetapkanlah hati kami, agar tidak terjerumus dalam lembah yang jauh itu, biar kami semua tabah, dalam menegakkan kebenaran ini, jadikan kami semua berani, mempertahankan sesuatu, andaikata itu urusanMu, biar apa saja yang berlaku, teguhkanlah, teguhkanlah, teguhkanlah hati ini untuk tetap pada jalanMu.
S.A.L.A.M A.I.D.I.L.F.I.T.R.I

2 Comments:
huhu burung ape..? hehe maksu ni ape..?
haha...maksud dia samala cam iklan petronas tu...
Post a Comment
<< Home