Sunday, July 08, 2007

ucapkanlah kasih satu kata yg ku nantikan
sebab ku tak mampu membaca matamu
mendengar bisikmu
nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
sebab ku meragu pada dirimu
mengapa berat ungkapkan cinta
padahal ia ada
dalam rinai hujan
dalam terang bulan
juga dalam sedu sedan
mengapa sulit mengaku cinta
padahal ia terasa
dalam rindu dendam
hening malam
cinta terasa ada
nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
sebab ku meragu pada dirimu


Cinta bukan hanya untuk kekasih tetapi untuk rakan, kawan, saudara, kenalan, semua.Mengapa sukar untuk ungkapkan cinta? Sedangkan rasa itu ada...Lumrah, kata sayang itu sangat sukar diucapkan, kata pujian itu sangat payah disampaikan, mungkin kerana keegoan, mungkin kerana malu segan, mungkin kerana takut perasan. Tapi bagi yang pernah kehilangan, insan yang amat disayang, lebih utuh hati ini menyayangi semua insan yang berdekatan. Ajal maut itu di tangan tuhan, tiada siapa yang pernah tahu, bila ia akan berlaku, mungkin esok, atau mungkin saja sebentar lagi..Setiap orang mempunyai keistimewaan, setiap orang layak diberi penghargaan. Jika tidak dikatakan sekarang, mungkin selepas ini tiada lagi kesempatan, bukan ingin bermanis mulut, jauh sekali ingin hanya menabur pujian.Kita berjalan ke depan, tiada lagi toleh ke belakang, begitu juga, dengan setiap insan yang diketemukan dengan kita, kadangkala, tiada lagi masa untuk beralih ke belakang, untuk menebus segala kesilapan, segala ketidakhirauan. Maka, berbuatlah sebaik mungkin dengan setiap orang yang ditakdirkan bersama kita. Supaya, takkala kita melangkah ke depan, tiada lagi bebanan silam yang tidak ditunaikan. Andai ada pergaduhan, atau selisih pandangan, leraikanlah. Kerana, andai difikirkan, kita tidak lama di dunia ini, mungkin sebentar lagi, kita akan pergi. Mahukah kita pergi, dengan adanya rasa marah yang tidak kehabisan? Maafkanlah semua insan. Kita tiada masa untuk pertikaian, siapa benar, dan siapa yang salah. Siapa menang, dan siapa yang harus salah. Jangan pernah buang masa ke situ. Carilah jalan ke arah kedamaiaan, walaupun kita yang terpaksa berkorban, namun ia selalunya berbaloi untuk segenap penyelesaian. Semoga kita semua dikurniakan kesabaran dalam menempuh segala dugaan perasaan. Rahmati kami semua Ya Allah. Jauhi kami dari arus kesesatan, bawa kami ke arah kebenaran, dan semoga, kebenaran itu sentiasa menang.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

err... AKU CINTA KAT HANG! Memang payah nak sebut nih. Sebut sayang tu senang skit

7/13/2007 8:34 PM  

Post a Comment

<< Home