Wednesday, May 23, 2007

Kita Perlu Percaya...

Kadangkala kita merasa pelik dengan kitaran kehidupan kita, merasa pelik dengan perasan yang terlalu macam-macam, tidak terduga. Kadangkala rasa yakin, kadangkala rasa dungu, kadangkala rasa bodoh gila, kadang-kadang rasa cam nak muntah, kadangkala rasa hebat, kadangkala rasa berjaya, kadangkala rasa great, sekejap lagik bleh pulak rasa macam hanpeh...Perasaan, mainan perasaan sememangnya memberi kesan.

Namun, kehidupan ini tetap perlu diteruskan, walau apa pun rasa yang mendatang, perlu harungi rasa itu dengan sepenuh rasa kepercayaan, rasa percaya pada diri sendiri. Walau hampir semua, tidak mempercayai kita, kita perlu harus terus dan teguh untuk percaya dengan pendirian dan cita-cita kita.

Dalam banyak perkara, kita perlu jadi pekak, buta dan bisu. Biarkan saja apa yang sepatutnya tidak perlu diberi perhatian dan perlu fokus terhadap apa yang kita cita-citakan dan kita percaya. Hanya kita yang tahu, setakat mana kemampuan diri kita. Sejauh mana kita sudah bersedia, dan sejauh mana kita boleh pergi.
Hanya kita, hanya kita yang tahu, orang lain tidak pernah mempunyai jawapan untuk itu.

LeArn t0 LovE uRsELf bEfoRe u LovE s0Me0nE eLse, aND loVe Allah, moRe than u LoVe uRSELf..

Akan sebab itu, teruslah percaya dan membina kepercayaan terhadap diri sendiri. Bercakap senang, namun bukan mudah untuk melaksanakannya. Percaya diri, satu sifat yang sangat susah untuk dipraktikkan. Terlebih percaya, kita akan jadi insan yang mudah dusta, arrogant, rasa diri bagus, sedangkan diri hanpeh cam nak mampus. Terkurang percaya, jadilah insan yang mudah diperdaya, yang mudah hanyut, tanpa haluan dan pegangan. Sekejap macam ni, sekejap macam tu.

Untuk menyeimbangkan kepercayaan diri, ia harus dilakukan setiap hari, minit dan detik. Tidak pernah wujud, insan yang percaya pada dirinya, di saat dia membiarkan dirinya tanpa kawalan. Be in control, when u lose urself, u lose everything. Setiap hari, ingatkan diri kita, untuk membina kepercayaan pada diri sendiri.

Bagaimana untuk membina?? Adakah cukup hanya kata-kata? Dan kekuatan dari minda separa sedar. Hey, itu hanya separuh. Kepercayaan diri akan timbul dan akan muncul, jika dan hanya jika kita MELAKUKAN. BUAT, untuk banyak perkara, kena buat, x cukup duduk saja dan kata percaya pada diri sendiri, tapi kita tak buat apa-apa untuk buktikan.

Untuk masa yang singkat, mungkin boleh tahan, kalau asek cakap, tanpa buat apa-apa, tanpa pencapaian. Tapi untuk jangkamasa yang lama, kita akan semakin bosan, dan hanya akan merasa, kita sekadar membina angan-angan. BUAT. Bangkit dan buat sesuatu, atas apa yang kita ingin. Disitu, kepercayaan diri akan meningkat, meningkat dan meningkat. BUAT, walau sekecil mana pun usaha. BUAT. Ingat, kejayaan besar bermula dari langkah pertama.

Dari perbuatan, akan muncullah pencapaian. Pencapaian penting, untuk membina kepercayaan dan keyakinan. From one step, we move to the next step. Tanpa pencapaian, kepercayaan pada diri akan mula hilang. Pencapaian, jangan meletak pencapaian itu sebagai sesuatu yang terlalu besar. Ajar diri untuk pecahkan pencapaian. Pencapaian bukan untuk sesuatu yang besar sahaja. Yang kecik-kecik pun pencapaian jugak. Ajar diri, untuk berpuas hati dengan pencapaian dan kejayaan-kejayaan kecil. Puas hati, dan melihat kejayaan-kejayaan kecil ini sebagai langkah untuk kejayaan yang lebih besar. Yang kecik juga patut dhargai. Raikannya. Meraikan kejayaan kecil dapat membantu minda separa sedar kita untuk lebih fokus kepada kejayaan. Ingin betul2 percaya pada diri, memakan masa bukan yang hanya sekejap, tapi lama. Berusaha, untuk mecapainya. Selagi mana niat kita betul, Allah akan memberkati. =]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home