Sunday, March 11, 2007

Sememangnya kau penuh keazaman, namun mengapa perlu disertai perlukutan?Melukut, dengan penuh ketaksuban...

Terpaksa ku tahan,
Emosi dan perasaan,
Dari menulis yang bukan-bukan…
Bila telah berada dalam kestabilan,
Ku teruskan...

Mengenang,
Kembali,
Zaman, sejak persekolahan...
Mengapa aku begini adanya,
Mengapa Kau letakkan perasaan ini dalam jiwa?
Adakah untuk ditahan,
Atau untuk disebarkan...

Masih ok, takkala maruah diri dipertikaikan,
Namun, andaikata,
Maruah bangsa mula dicela,
Tekanan dan goresan di jiwa,
Terlalu perit rasanya...

Mungkin perjuangan ini salah tujuannya,
Mungkin tidak sepatutnya berjuang demi MELAYU,
Kerana ia tidak ke mana akhirnya...

Seharusnya,
Berfikir lebih global,
Dan menumpukan tentang ISLAM...

Kecil dan kerdilnya rasa jiwa,
Bila berdepan dengan sesuatu keadaan,
Keadaan yang begitu menyedihkan...

Namun ingatlah semua,
Kejayaan bukan diukur dengan kereta ViOS atau HoNDA,
Bukan juga dengan title lecturer atau PHD
Bukan kerana kehenseman yang tidak abadi...

Jangan memandang tinggi,
Pada yang pandai otaknya,
Jangan memandang tinggi,
Pada yang banyak duitnya,
Jangan pernah kagum,
Pada yang menguasai dunia...


Bukan yg kaya, bukan yang pandai, bukan yang bekerjaya,
Yang patut menjadi pujaan...
Jangan pernah lupa akan ukuran TUHAN,
Kita manusia, diukur dengan KEIMANAN...

Jangan terlampau mengejar dunia,
Sehingga buta melanda jiwa,
Bongkak dan sombong adanya,
Hanya dengan ‘anggapan’ kejayaan diri kononnya..

Sedarlah,
Apa sangat yang ingin dibanggakan,
Apa sangat yang ingin dibiaskan,
Sedangkan dirimu hanya insan kerdil,
Yang langsung tidak mempunyai apa-apaan,
Kereta Hondamu jua hanya pinjaman Tuhan,
Pangkatmu jua, hanya pinjaman Tuhan,
Yang dipinjamkan,
Untuk memudahkan kewajipan...

Namun dirimu seolah gila,
Gila dengan yang entah apa-apa,
Dirimu memandang tinggi apa?
Tidak pernah ku ketahui keadaannya...


Namun aku bersyukur,
Dan kami bersyukur,
Kami semua tidak seperti dirimu,
Yang bergelodak emosi dalam jiwa,

Cukuplah,
Bersederhana dan mencari ketenangan,
Semoga kami semua pulang,
Dalam keredhaanmu Ya Tuhan,
Jangan kau sesatkan kami,
Dan biarkan kami memandang tinggi kebendaan duniawi,
Bukakanlah hati kami semoga kami tidak berbangga dengan status kami...

Ya Allah,
Kami mohon padaMu kebesaran,
Kepandaian, dan kefahaman,
Bersama kami,
Dalam mengubah nasib bangsa dan agama kami,
Kerana suatu hari nanti,
Kemenangan itu tetap pada ISLAM yang abadi...

Ampunkan diri kami Ya Allah,
Atas sikap kami yang penuh kelewaan,
Gerakkan hati kami,
Untuk merubah keadaan,
Sedarkan kami,
Agar tidak lagi malas dan memalaskan diri sendiri
Sudah benci dicaci begini,

Wahai teman dan diriku sendiri,
Bangun dan berubahlah mencari sinar kebaikan,
Kerana Allah tidak bisa menolong,
Pada yang tidak ingin menolong diri sendiri...

Sampai bila kita harus selamanya lemah,
Dan tidak kemana-mana akhirnya,
Betapa pentingnya keakraban dalam persahabatan,
Betapa pentingnya kesatuan dalam hati...

Jangan pernah pecah,
Dari menjadi satu kesatuan,
Kerana kita terlalu banyak tanggungjawab,
Untuk dilaksanakan...

Semangat itu ,
Biar berkekalan,
Jangan saja biar ia jadi ‘hangat-hangat tahi ayam’

MEREKA bergerak hanya kerana dunia dan money,
Motivasi itu terlalu lemah dan terlalu duniawi
Namun kita mempunyai motivasi yang paling abadi,
Iaitu demi Allah yang paling abadi...
Kita sebenarnya sangat kuat dalaman dan emosi,
Kerana kita mempunyai Allah yang hakiki...........

Ya Allah, ampunkan aku atas segala keterlanjuranku, namun jiwa ni begitu terseksa dengan tekanan yang sedemikian rupanya, air mata ini terlalu mudah mengalir apabila maruah bangsa ini tercalar, dan dicalarkan oleh bangsa sendiri. Aku bersyukur, kerana Kau, membuat kami semua pada malam itu melihat, betapa inilah DUNIA. Benarlah, dunia yang penuh dengan kebencian dan kehinaan. Ya Allah, tolong, berikan kami kekuatan, untuk meneruskan langkahan. Buat yang belum disedarkan, bukakan hati mereka Ya Tuhan, sedarkan mereka. Kadangkala aku berfikir, mungkin ini juga ujian, ujian untuk menguji, betapa kami semua ini akan terus bertahan, walau terpaksa meneruskan, dalam keadaan yang sangat menyesakkan. Ya Allah, andaikata pemerhatianku ini salah, betulkannya, dengan membuat aku cerah akan kelemahanku Ya Allah...siapa yang suka berperasaan begini. Teringat pesanan Kak Noreen, sabar, dalam mengejar kejayaan, kita dengan kafir itu lain, mereka, Allah kurniakan nikmat dunia namun jauh dari akhirat. Sememangnya sifat Allah itu demikian, Maha Pengasih dan Maha penyayang. Kita mungkin mempersoalkan, mereka tu tak sembahyang, gaya hidup liar dan penuh nafsu syaitan...namun mengapa masih dilimpahkan, dengan segala kejayaan dan juga kemewahan?

Ingat, kita mendapat dua dalam satu. DUNIA dan AKHIRAT. Kita dapat pahala sabar disebalik berusaha, kita dapat pahala dengan berserah dan redha. Sedangkan mereka, hanya mendapat dunia, yang suatu hari nanti akan hancur jua. Ingat. Ingat dan ingat. Jangan pernah mempersoalkan.

Namun sikap kita, jaga. Pastikan kita berusaha, kemudian baru berserah, jangan mudah putus asa, dan mengalah pada persekitaran. Sekali melangkah, selamanya melangkah, tiada berhentian.

Perjuangan tetap perlu di teruskan. Semakin teruk kita terasa, semakin gigih sebenarnya kita perlu berusaha. Semakin lama kita bertahan, semakin tinggi peratusan kejayaan.

Lebih penting lagi, jangan pernah sekali memandang tinggi dan taksub, pada yang bijak, kaya atau yang berstatusan. Allah hanya memandang pada yang BERIMAN.

5 Comments:

Blogger faizahrazaly said...

wah..cam tau je ditujukan pada sape..ok..tggu sket masa lagi..lagi satu bom akan dihantar utk menyedarkan 'dat person'!!

3/12/2007 12:59 PM  
Blogger emma marina said...

Di sebalik kedukaan, Allah kurniakan kite kegembiraan.. That night, mmg aku rs sgt2 bersyukur dikurniakan rakan2 yg best.. Akanku ingat smpai bila2.. Ha, jgn bom2 dat person.. Td br jmp diye.. hsem.. Ops..

" Namun ingatlah semua,
Kejayaan bukan diukur dengan kereta ViOS atau HoNDA,
Bukan juga dengan title lecturer atau PHD
Bukan kerana KEHENSEMAN yang tidak abadi..." -jie

rase nak tergelak.. huahahaha..

3/12/2007 4:35 PM  
Blogger NNK said...

vios???honda???hahah...mcm kenal je seseorg yg camtu...tp die ensem ke?huahuahua...

3/14/2007 9:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

sajak of the year..mmg best klu dpt post kat skul punya web..hehehe==fai

3/15/2007 12:52 AM  
Blogger aszifa_aris said...

=] Sekadar senyuman yg mampu diberikan...takkala membaca komen2 sekalian////=]

3/16/2007 6:27 PM  

Post a Comment

<< Home