At the lab now....tengah buat documentation, sabar. Sometimes, rasa macam dah tak larat nak teruskan kehidupan ni.....tgh2 saat camnih..argh! Picture above, me and santi, she is my PM for our Final Project...Gamba ni amek masa bila ekk...huhu...cam dalam 3-4 pagi cam tuh la...3rd year, is very tough....rasa macam tak penah ader tido yang cukupnya, rasa cam x penah ada tido yang betul2 nyenyaknya....Bz..Tapi besh, sbb rasa diri ni macam berguna, daripada duduk saja tak buat apa-apa..
Tapi ntah, persoalannya, yg kerapnya difikirkan...mampuka aku, nak terus n terus, camni? Apa nak jadi kat diri ni? Semua terpikir. Tapi tadi, tersentak, kenapa nak pikir?
One dark side about me, for certain2 things (usually that i have to crave for it ), terlalu tidak sabar menanti hasilnya...bila hasilnya tidak sebanyak mana, mulala..dah nak mempertikaikan, aku ni memang tak mampu ka? Blablabla..semuanya naik skali....tapi kenapa nak mempertikaikan....
I just have to keep on put more effort. Tapi kadang2 nak buat, tapi terlampau tak ada masa, ataupun, aku ni jenis banyak sangat matlamat, so byk yang tidak tercapai lagik.....
Ada satu matlamat, yang aku sering pikir...penting atau tidak??Menda ni besh, dan memang kalau dapat, akan dikagumi dan boleh menyumbang kepada masa depan. But, deep inside, i dont really want it...Ia tak ada apa-apa kaitan dengan kehidupan aku sangat...
Tapi menda tu penting, dan amat terdesak dalam keadaan ni. Tapi aku masih tak mampu milikinya...Sbb??Sbb i put sedikit effort on that. Byk effort ke matlamat lain....betul.
Kalau nak tgu baper tahun lagik la betul2 bleh concentrate ke situ? Skang ada 2 matlamat lain. Dan ni matlamat segera. Ntah..2 matlamat ni bagi aku lebih penting dari matlamat yg tadi tuh....Nak pilih yang mana ni??
Look back, my those 3 years kat USM ni, 2 matlamat BESAR dah tercapai....dan banyak keseronokan dan kepuasan jiwa hadir disamping 2 matlamat besar ni. Boleh tercapai ekk matlamat dalam masa 3 tahun? Macam tak sangka...
Never putus asa dalam mendapatkan 2 matlamat besar tu. Sikap : tak pandang ke belakang, keep on going, tak mengukur, tapi terus membuat, walaupun kadangkala rasa terpaksa dan seolah2 memaksa diri sendiri......Sampai tak sedar, dah dapat.
So, kesimpulannya, kene teruskan sikap tu. skang ada 3 matlamat segera. 2 penting untuk kepuasan jiwa dan akhirat, satu tu lagi, yang untuk dunia. So nak utamakan yang mana? Or i just have to pursue dgn 3 matlamat, sekaligus,,tapi berat. I will never know rite now.
So, keputusannya, terpaksa ikut flow, mana peluang dan masa yang datang, dalam memenuhi 3 matlamat tu, mana datang dulu, mana ada kesempatan dulu, yang tu la jalan dulu...Ok. Jie. stop pikir, wat kija....itu keputusannya, mana datang dulu, we grab that one.
Ya Allah,
Jadikan aku insan yang memahami diri ini,
Insan yang tidak ragu atas kelebihan diri sendiri,
Insan yang sentiasa mengubah kelemahan menjadi kekuatan,
Insan yang sentiasa memandang rendah dunia ini Ya Tuhan...
Kadangkala diri ini takut,
Tapi perlu takut dengan apa,
Aku tak seharusnya takut bukan,
Kerana Kau adalah harapan...
Tolong takdirkan yang terbaik buat aku Ya Allah,
Yang terbaik dari segala aspek dan segi,
Itulah yang selalu ku pohoni,
Kerana hanya Kau yang lebih mengetahui...
Betapa melencong nya aku,
Tolong Kau tarik aku semula ke pangkal jalan,
Jadikan aku bonekaMu Ya Tuhan,
Bukan boneka syaitan...
Tarik aku ke jalan kebaikan,
Dan jauhi aku dari jalan ke'riak'an
Isi daku dengan sifat kesederhanaan,
Dalam menempuh ranjau kehidupan.....
Please, Ya Allah, help me on this final demo, bagi semuanya berjalan lancar, selancar-lancarnya....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home