Sunday, February 18, 2007

Dunia is a game show!

Tengah tunggu dok defragment drive ni, lama tak defrag, sampai dah slow dah kom ni, dah abis tengok Dr Maza punya rakaman pun tak abis lagi defrag, huhu..duduk sorang2 ni....papa kuaq, kakak ngan abg fazel pi umah kak linda kat pahang. Ni depa piumah pakcik mie pulak....malas nak kaco..orang baru kawen nak jalan2....

Prison break pulak lagi 40% ni....x sabaq nak tengok scotfield...huhu...dok menunggu-nunggu ni banyakla tepikirnya....teringat hari tu masa jalan-jalan kat Borders, ada banyak buku Donald Trump...adoi, rasa macam nak beli suma, tapi mana la ada duit banyak-banyak nak menampung kos buku yang mahal2 tuh, takat 2 -3 buku bleh laa...

Memang suka tengok The Apprentice, especially Season 1, season 1 tu dah tengok baper kali tatau laa...paling suka dengan Bill ngan Amy...kagum tengok depa ni, kadang2 masa tengok, terlintas jugak, depa ni tak penat ka, 15 tasks 16 weeks...hoho...selang baper ari dah pegi wat task lain...tido lewat, kul 5- 6 pagi dah bangun dah, kalau kita lain la, bangun kena semayang, depa yang takyah semayang pun leh bangun awal ja..kija kuat setiap ari, tapi klau menang task tu, adalah beberapa reward dia, pusing2 naik heli trump ka, jalan-jalan kat umah trump la, main golf la, ntah aper2 lagik, suma yang besh2!

Terlintas lagi, kadangkala, bila pikir2 balik, dunia ni hanya game show, game show, macam apprentice, macam survivor. Dunia ini hanya tempat menanam hasil, untuk mendapat hadiah utama, satu game, yang Allah create, ada peraturan dan rules2 yang perlu diikut.

Patutla orang dalam apprentice cam tak hirau kija kuat, sebab Apprentice tu game show saja, lepas 16 week depa akan balik semula ke dunia asal depa. Kehidupan dalam the Apprentice bukan kehidupan depa, kehidupan the Apprentice, hanya dijalani, untuk mendapat satu kemewahan dalam dunia asal. Hadiah utama-Dapat kontrac kija dengan Donald Trump, 1 tahun, starting salary $250,000 USD, ataupun $4807.70 USD untuk 1 minggu. Itu USD bebeh, convert ke RM tengok...pergh kaya gila! Itu tujuan masuk the apprentice ya..

trump tower

Sama jugak macam kita, kita ni masuk game show dunia ni pasepa? Tujuan utama, untuk mengabdikan diri pada pencipta kita, dan ada 1 yang kita akan dapat, hadiah utama kita-syurga. Kat syurga tu bukan takat 250 000 USD, haha....macam2 laa...sedap dengaq pasai syurga ni, suma pun besh2...

Dan sepastinya, kita ni bila masuk game show, memang la kena interview, orang2 yang masuk apprentice, memang layak, depa suma hebat2...tengok cam Allie tuh dah la, Allie dalam App 5, maintain 4.00 flat setiap sem masa belajaq. Dia pun tak kurang hebat nya dalam the Apprentice, lincah, kreative, bijakss! Orang yang masuk Apprentice, sedikit sebanyak memang dah ada skill yang diperlukan untuk survive dalam the apprentice. Dan 16 candidates yang terhebat dalam banyak2 applicants yang hebat! Mereka semata-mata 16 candidates dari 215,000 applicants.

Sama jugak la macam kita? Kita ni hebat tau, kalau tak hebat, kalau kita ni tak boleh survive kat game show dunia ni, Allah tak hantar kita kat sini. Dia tau kita mampu berada di sini untuk menjalani ujian-ujiannya, sebab tu Allah hantar kita di sini. Bila masanya kita diinterview pulak? Mana kita tau, kita ni hasilnya dari yang terhebat2..haha..memang hebat, tak ingat? Dulu, dalam satu batch yang memohon nak join the world game show ni ada 400 juta applicants, itu satu batch, yang sama-sama mohon dengan kita, tak kira lagik batch2 lain kak. Its a fact -Satu pancutan air mani, ada 400 juta sperm =].

Ramai yang memohon, tapi kita dapat. Jadi inilah masa kita untuk bermain game. Mcam apprentice, ada 15 tasks, ada kalah, ada menangnya, ada jatuh dan ada naiknya, ada yang perangai cam setan, ada yang penuh kepura-puraan, yang suka mengeluh jatuh, yang suka mengelak, digelakkan, yang lembik-u are fired! Hanya yang tabah, yang tahan teguran, yang tak patah semangatnya, yang tak tahu putus asanya, yang sentiasa belajar dari kesalahannya, yang menahan ujian-ujian perangai cam setan disekelilingnya, yang tidak lewa dan bersungguh dalam tasknya, yang ikhlas menjalani tugasnya, yang memenuhi peraturan-peraturan the apprentice, itulah, pemenangnya.

Biasa, nak masuk game, wat sungguh2 laa..bukan menda pelik tengok depa dok bersaing kat situ. Jarang pulak kita tengok depa ni dok berseronok dengan hiasan, perkakasan, yang trump bagi kat depa. Masuk game show ni, memang besh, hidup mewah, duduk kat trump tower..trump tower suit ni lawa gila, tengok la..lawa...wat task, naik keta mewah. Macam mana, kalau candidate ni lupa, akan tujuan asal depa masuk, bayangkan kalau depa rasa cam nak enjoy ja, duduk kat suit yang besh, keta besaq...alalla..seronok2.... main2....camna la agaknya? Tewas- itulah jawapannya.

lawa memang lawa, tapi hanya sementara-16 weeks ja huhu

Sama ja, macam suit trump tower, yang hanya pinjaman, yang hanya sementaraan, bukan depa punya pun...lepas show, habisla. Sama jugak, dunia yang dikatakan perhiasan, banyak menda besh, keseronokan. Ni suma pinjaman semata-mata, lepas habis game show dunia ni habislah....jadi yang dok pi kejaq dunia sangat pasaipa? Lagik besh, kalau dok bangga-bangga denga harta dunia, haha..sama ja cam dok bangga ngan suit donald trump perumpamaannya, bukan menda kita, semua menda kat dunia ni Allah punya, bukan kita punya.



Kena selalu ingatkan diri aku ni, dunia ni bukan tempat aku, dunia ni tempat kita lalu sat2 ja...takyah la nak kata penat sangat jie bila wat satu2 menda tu, sat ja duk kat sini...cam orang dalam apprentice, sat ja, sat ja, depa kat situ..pastu segala-galanya kembali normal...

Hadirnya kita untuk menjalani game show ni, ramai candidatenya, tu, kawan, mak, ayah, orang tu, orang ni, sumanya sedang bersaing. Kalau apprentice ada 15tasks, pasai real estate, business, game show dunia lebih hebat tasknya, kita tak tau baper task dia, kita tak tau tahap kesukaran task dia, kita x tau bidang apa task tu, boleh jadi task tu adalah gameshow the apprentice sendiri, atau, game mencari cinta, atau game mari belajar di universiti atau game ratapan anak yatim yang bakal dapat ibu tiri?? Ngah-ngah sapa tau...tapi bila Allah bagi sesuatu task tu, Dia tau la kita boleh buat, kalau tak takan dia nak bagi kot. So, untuk setiap sesuatu, bertahan, hang in there, sabaq, its a task, to accomplish.

Berjalan sahaja, ikut peraturan yang telah Creator of the game tetapkan. Pemenang Apprentice adalah orang yang donald trump suka...klau dia tak suka ..babai!! Jadi, nak menang game show dunia, adalah orang yang Allah suka, yang Allah sayang....kalau Allah tak suka....babaii!!

Aiseh, menulis ni cukup 40% Prison Break...huargh2..nak tengok PB, nak tengok PB...kenapa suka tengok PB, so many reasons behind there...nak citer ker? Takyahla.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home