Berdua denganMu, pasti lebih baik...aku yakin itu!
This pic taken on August2002, about 3 month be4 she left me.
Sometimes, i just miss my mom so much...
Lama gila rasanya x update blog,
Rasa teringin,
Tapi rasa tak perlu,
Macam-macam yang melanda jiwa,
Membuatkan hati ini melalui pelbagai rasa,
Hidup ini memang penuh pedas, pahit, masin dan manisnya.
Kadangkala yang manis itu sungguh gembira,
Namun its a fact ia hanya sementara,
Melihat kembali kehidupanku yang bukan segera,
Seolah-olah terlalu banyak yang jadinya..
Apakah aku sekuat mana,
Untuk terus melangkah dan menghadapi sesuatu yang pahit rasanya?
Entah siapa tahu, siapa yang terduga,
Hanya Allah yang tahu jua..
Ke mana hala tujunya aku ingin pergi,
Biarlah tapak kaki ini yang berlari,
Terlalu banyak yang diterima dan ditolaki,
Sehingga rasa perit yang memakan diri..
Akhirnya,
Lebih baik menerima yang abadi,
Dan berusaha sebaik diri,
Andainya ada rezeki,
Yang sudah ketetapan Ilahi,
Tidak ke mana jua ia pergi..
Jika sesuatu itu sudah milik aku,
Milik aku jua dia terjadi,
Jika sesuatu itu sudah bukan milik aku,
Atau sesuatu yang bukan sepatutnya aku miliki,
Buat apa pun, tak mungkin akan terjadi..
Menggunakan kalam Tuhan,
Seolah-olah menyerah diri,
Namun, terimalah, itu yang paling pasti,
Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk diri ini..
Ya Allah,
Biarlah ke mana jauh Engkau takdirkan aku melangkah,
Biar langkahan itu berada dalam pengawasanMu,
Ke mana jua dilemparkan aku,
Biarlah itu yang terbaik untuk ku..
Ya Allah, ku pohonkan, biar dari segala aspek dan segi,,
Takdirkan yang terbaik dan terbaik buatku,
Arahkan hati ini,
Untuk bergerak sebaik mungkin,
Bergerak, bukan kerana money,
Bukan kerana terlalu gila dengan harga diri,
Bukan kerana terlalu taksub dengan manusia duniawi,
Bukan hanya kerana hati,
Namun biarlah kerana yang hakiki,
DiriMu yang Abadi..
Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. (Surah Yassin: 82-83)
u've made a promise jie, so, go on, just go,trust, keep on trusting.


1 Comments:
Kadangkala ku tangisi
Pengorbanan yang harus kulalui
Namun ku mensyukuri kerana...
Nikmatmu tak berbelah bahagi...
Aku insan lemah
Hanya mengharapkanmu ya Allah
Tabahkanlah hatiku
Kuatkanlah azam dan semangat juangku
Tak pernah ku ragui...
Kewujudanmu
Post a Comment
<< Home