Derita,gembira, gagal, BERJAYA!
I've said it, i'm at home now, mesti ada benda yang nak pikir..hahah! One day, i'll be like stone kot, tak ader perasaan, bukan tak nak campur, tapi...ntahla..payah nak cakap....my FYP lagik penting...lagik suka dok kat USM skang, leh ngadap ja PC tuh, wat ja apa yang termampu, nasib baik ada FYP, atleast, i have goal and something positive to think of...Mana mungkin kita ni boleh berehat dalam hidup bukan? Hidup adalah suatu perjuangan, suatu perjalanan yang penuh dengan perjuangan. Entah ya entah tidak, tapi di hati ni, dah membuat persedian untuk tidak lagi berehat dan tidak ingin berehat, sebab sampai skang, x mampu nak rehat...ada saja...yang perlu difikirkan...
A lot of time, kita lihat, dan lihat dan fikir " Eiihh, beshnya orang tu, hidup dia cam hepi, dia boleh buat semua benda, dia ada tu, dia ada ni, argh dia cam besh!!..bla bla bla....macam2 lagi...tapi, mana mungkin? kita ni salu lihat kesempurnaan pada orang lain. Selalunya, kejayaan yang seseorang dapat tuh, hanya baper % dari penderitaan yang dia lalui. Kalau kita nak berjaya, tapi nak berehat dan tak nak usaha, JANGAN HARAP! Nak sesuatu, tapi bila dugaan datang, we STOP! mana mungkin nak berjaya? Kita manusia ni, semua menda pun nak cepat, bila dah tak boleh buat sesuatu menda, terus give-up! Mana boleh!
Setiap dari kita, ada impian dan bayangan untuk menjadi apa bukan?If we really want it, then create it, pupuk dalam diri, sesuatu yang kita inginkan, orang jadi besh, bukan sebab dia semulajadi besh, tak...dia BUAT menda yang besh, sebab tu dia besh...Cthnya Dr Anees, huhu, dia besh kann! Argh! Dr Anees bukan la hensem sangat pun, klau orang yang macam tu, tapi tak pupuk sifat yang besh yang dia ada skang, dia akan jadi orang biasa ja pun...huhu....
Tak ada sesiapa pun di dunia ni, yang berjaya tanpa merasai derita, derita itu banyak cabang ya, mungkin derita aku lain, derita korang lain...betapa besar masalah aku, korang boleh nampak kecik, betapa kecil masalah aku, korang boleh nampak besar, tapi suka hati aku la nak rasa apa, sebab, kita berbeza. Dengan sifat semulajadi, dengan keadaan skang, dengan capabiliti skang, hanya ini saja tahap kemampuan aku. Tapi, bila dilanda prob, janganla, memandang ia sebagai satu sekatan untuk kita berjaya. Pandang ia sebagai dugaan. Janji Allah pun, kita ni manusia memang akan diduga di bumi Allah, dan seringkali kita diduga, pada KELEMAHAN kita. Kesimpulannya, apabila kita telah berjaya mengatasi DUGAAN tu, kita telah memperbaiki kelemahan pada diri kita. Beringat, yang payah itu bukan sekatan, ia hanya dugaan. SABAR. Tiada kegagalan untuk orang yang berusaha. TAK MUNGKIN.
Sabar, dalam menunggu kejayaan, apa yang kita ingin, mungkin kita tak boleh dapat sekarang, tugas kita hanya BUAT...sebaik mungkin, sebaik mungkin, dengan kemampuan sekarang...Kejayaan bukan on the spot dapat. Apa yang kita nak, mungkin kita akan dapat esok, lusa, setahun, 10 thn atau 20 thn lagik...tapi itu bukan soalnya...yang penting dapat...atau kita akan dapat semua tu hanya di akhirat? Allah lebih tahu, apa yang kita perlukan. Jangan cepat melatah, takkala merasa derita, sakit atau perit, or tak dapat sesuatu. mungkin suatu hari kita akan berpaling, dan sangat bersyukur dengan penderitaan tu. Just have faith, segalanya, yang telah ditakdirkan adalah yang terbaik. Apa yang kita lakukan sekarang adalah yang terbaik, tak mungkin ada sesuatu yang lebih baik dari ini....Jadi, kita lakukan yang terbaik sajalah..
Masalah, dugaan, takdir, berjaya, dan penderitaan adalah normal dalam hidup. They are some important part of life that have many complexity, perception and dimension.Jangan memandang kesedihan itu terlalu lama, cukup, have limit for it. Yes, manusia patut bersedih, if u tak sedih, itu tak bagus, maknanya u takdakk perasaan.ROBOT. Masalah, sedih, gagal. Itu bukan soalnya, dan itu bukan suatu persoalan untuk orang yang bijak. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana kita bangkit dan melawan kegagalan, bangun menentang masalah, mampu gembira dan mengukir senyuman takkala dilanda perit dan sedih. Itu baru orang kata, ikut sunnah Nabi, Nabi orang paling banyak senyum kan....bukan soal kahwin 4 ja sunnah weihh..
Dan yang paling penting, kita mesti positif! Positif itu merupakan suatu tanggungjawab sebenarnya...If u sorank negatif, sedikit sebanyak, u will spread the negativity,ur pemikiran yang hancur tu, boleh menghancurkan hidup orang lain jua andaikata dia terpengaruh...berusaha untuk positif, walaupun ia sukar. Salah satu usaha untuk positif, dont ever finish the negative words...Negatif itu biasala, (70% daripada apa yang kita fikir memang negatif). Orang yang positif, bukan semulajadi dia positif, dia bangun melawan kenegatifan sebenarnya... Positive thinking produces chemicals in your body such as the endorphin ‘happy hormones’[http://www.stress2bliss.com/positive-thinking.html].
Just be positif Jie! Ur condition will not affect u walaupun sedikit, andaikata u tak benarkan...
Just have faith, dan buat yang terbaik Jie! Jie boleh...u can! Ya Allah, aku hanya hambaMu yang lemah, yang seringkali tergelincir dalam perjalanan duniawi ku, aku jua seorang yang sangat perlu mengajar diri mencintai kehidupan abadiMu, agar aku tak terlalu gila dengan nafsu duniawi ku..Biar aku lakukan segalanya, hanya keranaMu, hanya kerana mengharapkan keredhaanMu, melakukan segalanya, sebagai bekalan untuk hari aku pergi menemuiMU...Entah bila hari itu?

0 Comments:
Post a Comment
<< Home