Let It Be..Its forever say goodbye..=]
Tak ingin ku ingati lagi rasa ini,
Semakin lama, semakin lama ia semakin hilang,
Namun hati ini masih berbekam,
Atas luka parah ditelan dalam,
Namun mulut ini tidak lagi akan bicara,
Jari ini tidak akan lagi menaip,
Hati ini tidak akan lagi mengeluh,
Akal ini tidak akan lagi memberi alas an,
Telinga ini akan jauh dari mendengar,
Aku ingin melupakanmu,
Sebagaimana aku melupakan segala kisah duka silamku,
Aku mampu,
Kerana aku telah banyak kali melakukannya,
Cuma ku harap keredhaanMu Ya Allah,
Jauh sekali niat di hati untuk memburukkan orang lain,
Cuma ingin melepaskan kesedihan di hati,
Hanya di sini,
Aku mampu,
Mampu menyampaikan apa yang di hati,
Angkatlah kedukaan ini Ya Allah,
Kerana tiada layaknya aku bersedih atas dugaan sekecil ini,
Hanya sekelumit jika ingin dibandingkan dengan yang lain-lain,
Sembuhkan luka di hati,
Balut ia dengan kasih sayangMu,
Agar ia suci kembali,
Agar ia berfungsi kembali,
Agar ia tidak lagi menyesakkan rasa di dada ini.
Buat yang mengenali,
Mengenali aku dan kisah sebenar ini,
Seribu maaf ku pohon atas segalanya,
Jauhkan diriku dari rasa bersalah,
Jauhkan jua dirimu dari rasa bersalah,
Jangan dicari lagi diri ini,
Kerana aku hanya perlu sesuatu yang suci,
Yang bukan suatu hari nanti bakal dicaci,
Maafkan aku atas segala kekasaran dan kelepasan kataku,
Namun itu hanya untuk menyembuhkan luka di hati,
Tiada dendam atau benci,
Cuma tiada perasaan lagi,
Jangan lagi mencari atau mendesaki,
Kerana aku ingin menghilangkan diri,
Jauh dari keadaan ini,
Perlunya aku meninggalkan keadaan ini,
Kembali mengejar cita-citaku yang abadi.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home