Tuesday, October 31, 2006

Semuanya hanya kerana kelemahan diri...

Diri ini menulis lagi setelah mengenalpasti satu kesalahan diri. Kata, hanyalah kata, bukan orang BUAT apa pon, kenapa nak rasa sangat? Kenapa nak marah? Ingat, Harry penah cakap ayat ni dulu. And i agree, betul, katalah. Kita pegang prinsip ni tapi susah nak buatkan...tapi, selagi mana kita pegang, tak akan jadi sangat perkara2 yang memudaratkan diri kita kerana ‘perkataan’ orang lain. Insyaallah.

Highlight there, BUAT. Macam mana kalau orang bukan setakat kata, tapi orang BUAT kat kita?

Let me think, about KATA tu dulu? Betul ker, apa yang orang KATA dekat kita , yang sampai menyakitkan hati kita, yang sampai hilang mood satu hari tuh salah? Kita tak tau selalunya, sebab yang penting, kita dah terasa dengan perkataan dia, n pada masa tu, emosi lebih diutamakan. And, kalau salah pon, adakah orang tu rasa dia salah dengan apa yang diperkatakan dekat kita? Mesti tak kan, mesti dia rasa dia betul, sebab tu dia kata.

Sama jugak kes dia dengan BUAT, tak semestinya, apa yang orang lakukan dekat kita tuh salah. Dan kalau salah pon, dia akan rasa dia BETUL, sebab dia ada pegangan dia sendiri, matlmat dia sendiri dan tujuan dia yang sendiri. Dia tak dak masa nak pikir pasal kita, sebab tu, dia boleh buat cam tu kat kita. Ada perkara yang dia kejar dan dia rasa lebih penting untuk dia.

Kes dia sama dengan peristiwa Amerika serang Iraq, Jepun serang Malaya....Iraq salahkan Amerika sebab serang depa. Penduduk dunia (pemerhati ) ada yang menyebelahi Iraq dan ada yang menyebelahi Amerika. Amerika serang sebab dia ada goal dia. Dia tak rasa dia salah, dia rasa dia betul, sebab tu dia buat. Kita dok jerit sana sni, buat demonstrasi, puas dok kecam, Amerika dia rilex ja...lantak hampa la, yang penting, aku mampu buat, dan aku ada la tujuan aku sendiri. Yang penting diri aku, bukan diri hampa.

Satu ja penyelesaian dia, Amerika nak serang Iraq ka, kalau Iraq tu kuat? Tak mungkin, depa pon takut. Iraq tak akan jadi macam ni, kalau, depa pon ada teknologi canggih, orang yang bersatu padu, angkat senjata, lawan balik. Nah mati hampa Amerika, berani serang kami paseipa.

Macam tu jugak dengan kita, kenapa orang boleh BUAT kat kita?? Kenapa?? Sebab kitalah, kita tak cukup kuat kat sni, biaqlah, even, kawan-kawan kita kata, dia salah, hang betui, kita rasa kita betul, dia yang salah..tapi ingat kes Amerika- Iraq, kita seolah2 Iraq di sini, orang yang BUAT tu seolah-olah Amerika. Ingat, orang tu tak rasa dia salah, sama cam Amerika tak rasa dia salah.

Penyelesaian dia apa tadi? Iraq kena kuat kan. Sebagaimana, suppose too, Iraq kena angkat senjata lawan balik, macam tu jugak kita, kita kena ada senjata untuk pertahankan diri kita dari dilukai dengan perbuatan orang lain. Itu saja penyelesaian dia, dok bertekak buang masa ja..lebih baik selamatkan diri. Kadang-kadang kita ni lemah-yes, we are human, tak pernah sempurna, ada kelemahan diri sendiri. Bila kita lemah, tak payah la nak bertekak, sapa salah, sapa betul. Ni kalau masa perang, Amerika tengah bom, kita nak pi dok tengah-tengah jalan, berteriak kata kita tak salah, kenapa buat macam ni kat kita, sampai hati buat camni kat kita? Ha, matila hang, orang tengah perang ni, tengah bom ni..harap mati katak la kena bom kat situ.

Pada saat ni, larilah, masuk kubu, buat perlindungan diri, buat satu filter, yang musuh tak boleh capai. Maksudnya kita kena kuatkan semangat, biar apa orang nak kata, biar apa orang nak buat. Takpa. Silakan.

Skang kita dalam kubu, kita tak terjejas, tapi jangan dok saja dalam kubu, kita cari jalan, buat senjata, dan cari banyak-banyak geng, cari strategi. Maksudnya, kita hebatkan diri kita, dengan menyemai kekuatan, dengan membina satu pegangan baru daripada kesilapan yang kita lakukan. Fikir, pengajaran dia. Bila dah keluar kubu, kita dah kuat, maila, sapa saja nak serang, serang la..aku dah kuat sekarang ni, jangan harap nak BUAT kat aku lagi.

Bukan setakat Amerika, mailah sapa pon nak serang, bila dia dah kuat dan perbetulkan kesalahan diri dia, orang tak akan mampu buat apa-apa pon kat kita. Tu saja kesimpulannya.

Apa yang nak disampaikan kat sini, apa yang orang lakukan kat kita- dan kita rasa (kalau kita tak rasa takpa, maknanya bukan satu masalah, biasalah manusia, selalunya masalah timbul bukan atas apa yang berlaku, tapi masalah timbul kerana apa yang dirasakan), sebenarnya, terjadi atas kelemahan kita sendiri. Repeat-apa yang orang lain lakukan pada kita , dan kita terjejas kerananya, berlaku kerana kelemahan kita sendiri.

Adakah salah memiliki kelemahan? Tidak, kerana inilah kehidupan, tiada yang sempurna, namun kita boleh mengubah kelemahan tersebut, dengan menyemai perkara-perkara baik dalam diri yang akhirnya membina kekuatan.

Cakap memang senang..tapi nak buat?? Memang, memang, agak sukar, tapi berusahalah, tiada kegagalan untuk orang yang berusaha. Tiada kegagalan untuk orang yang berusaha. Suatu hari pasti dapat. Usaha itu counted, sebagaimana sukar kita rasa, kita tetap usaha. Usaha itu suatu kesabaran, sabar itu suatu sifat baik yang amat dituntut oleh agama, dan sesiapa yang berbuat sesuatu demi agama, akan mendapat pahala, dan dengan pahala kita akan mendapat syurga. Betapa beruntungya kita.

Amerika serang Iraq, sama saja bukan dengan kes Jepun serang Malaya. Semua terjadi, sebab Iraq lemah, sebab Malaya lemah. Namun setelah segalanya berakhir, mampuka Malaya terima Jepun, hati masih terluka, luka lama masih melarat. Kita memang marah Jepun, sebab sanggup dia wat camtuh kat negara kita. Tapi skang, kiat dah boleh tengok drama Jepun, ikut fesyen Jepun, n my idola si Naruto pon Jepun..Pendirian kita berubah dengan masa. Jadi di sini, biarlah masa yang menentukan. Yang penting, kelemahan perlu diperbetulkan.

Sukar, mengubah orang lain. Namun mudah mengubah diri sendiri.

“Janganlah kita mensia-siakan waktu satu minit pun untuk memikirkan orang yang tidak kita senangi” “Alangkah bodohnya hidup ini jika kita menghargai sesuatu melebihi hidup kita sendiri”

Let bygones be bygones! & Dont cry over the spilt milk! That is Aszifa Aris..=] yeah bebeh, mai la apa-apa pon , i’m redi menerimanya, life is a journey so just move on!!=]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home