Monday, October 09, 2006

Ketentuan

Mueh2..takder kelas..datang cc jer la, nak gi lab jauh, connection kat bilik pulak agak hampehs..sebenarnya ddah redi nak gi jumpa Puan Norlia tadi. Then Santi ckp tak yah lak sbb Puan Norlia ckp kat dia tadi, briefing tuh tunggu 3 group lagik...huhu..sampai 3 group buat menda2 yang ada kaitan dengan herba? heheh..whateverlah, takyah jumpa lagi senang, leh melepak..
Faizah ngan Fai dan selesai briefing..hehe lega dengaq...bila kawan2 lega kita pon lega jugak rasa..wat pojek bawah ppkt tuh..hehe..depa kene pakai asp.net ngan sybase..Mueh2...congrats kerana berpeluang belajar menda baru lagik...aku nih tak tau lagik kena pakai apa..Yang penting, memang kita boleh buat semua menda.
Sebenarnya, apa-apa pon kat dunia ni, hidup nih simple ja...ntahla..semakin mencari aku, semakin simple jadi hidup aku, semakin nampak apa yg paling penting dalam hidup. Apa yang nak disampaikan dekat sini, seriously, hidup ni mudah dan simple..
Penat dulu hidup dalam kebimbangan dan kerisauan...serius penat. Namun dengan ada penat tu la, aku mencari lagik...sebab aku takmau terperangkap lagi dalam perasaan yang macam tuh. Mungkin sebab ditakdirkan aku dah selesai baca buku the power of the subconscious mind..huhu..hidup ini mudah, hidup ini mudah. Kita boleh dapat apa yang kita nak....
Beruntunglah orang yang dijadikan tak risau dan tak bimbang. Namun, beruntung jugak bagi yang pernah mengalami perasaan2 sedemikian, sebab, usaha kita untuk mngubahnya juga dikira sebagai satu usaha yg baik. Setiap yang baik, adala perkara baik di akhirat menanti. Kesimpulanya, walau apa pon yang terjadi..semua pon baik...cuma kita nak pilih yang mana?
Hati-hati dengan perasaan risau dan bimbang, kerana perasaan itu boleh jua membawa maksud tidak percaya pada ketentuan. As we know, tiada yang bakal, dan tiada yang selepas untuk Allah. Allah tahu segala-galanya yang berlaku...sama saja, masa lepas, kini dan masa depan. Andaikata diri ini mendakwa percaya pada ketentuan Ilahi..mengapa harus risau? Allah dan tentukan segala-galanya buat kita. Semuanya dah tersedia...cuma tinggal kita nak pergi ambil dan melaksanakannya. Sebab tu, orang suruh tenang dan relaks, tapi tak jelaskan dalam ayat yg logik dan berfakta....wajib tenang dan relaks...sebab itu kunci segala-galanya...Ketenangan, bila tenang baru boleh fokus..
Menda2 ni ada jugak di sebut dalam buku the power of ur subconscious mind(subcm), buku ni bagusla untuk memahami, cara otak kita berfungsi...how the conscious mind (cm) and subcm berfungsi...Macam boleh jadi text book untuk cari pasai otak..hihi. Cm- adalah mind yang reasoning, bila kita bagi sebab, cm la yg tengah berfungsi tu, subcm ni plak adalah satu mind yang powerful giler, dia tak penah bagi reason, dia wat ja...apa yg cm ckp, dia buat...sebab tu, hati2 dengan cm kita...sebut perkara2 baik, jgn pernah sebut yg bukan2...nanti subcm buat...dalam buku tu tulis lagik, masa depan kita pon sebenarnya ditentukan oleh subcm, subcm kita tau sumer menda, masa lampau, masa depan, penyelesaian untuk setiap masalah..sumer la dia tau, nak apa? sumer dia tau..
Turut disebut dalam buku ni tentang doa. Masa depan kita dah ada dalam subcm kita sendiri, ia boleh diubah, dengan DOA. Ini semua adalah kesimpulan yang aku buat dari penulis ya. Penulis ni orang putih...
Nampak tak kaitan antara kesimpulan buku ni dengan konsep ketentuan Allah, dengan doa? Bagi aku, memang salu camni, teori2 memang salu ada dalam buku orang putih. Tapi dalam Al-Quran memang dan sebut dah semua ni pon, cuma agak susah nak cari buku yang akan explain ayat Al-quran dengan fakta dengan detail..in a very logika way, yg suma org leh terima...buku Dr Daniel Ok..dia memang pakar la bab2 merelate ni..hmm...x payah la aku nak paste suma ayat2 kat sni untuk membuktikannya ek..korang relate2 sendrik...
Betapa pentingnya, kepercayaan pada Ilahi, keyakinan tentang qada dan qadar, usaha yang berterusan dengan tawakal...Ni la yang akan buat kita tenang dan tak bimbang. Lambatnya aku sedar sumer ni kan...hihi..
Disebabkan kehidupan kita, sudah ditentukan oleh Allah, dan adanya akal ni, yang terlalu powerful kuasa dia, tak perlulah kita membandingkan keupayaan kita dengan keupayaan orang lain. Dalam ayat yg mudah, stop comparing urself with others! It will make u sick forever!
"Orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh buat?"Aku penah pegang perkara ni dulu, but now, haha..its stupid! Mana da istilah bodoh camtuh, manusia ni kan khalifah Allah dan sebaik2 makhluk..dalam semua mahkluk kita la yang paling besh...we are complete, we can do semua menda pon...cuma Nak ker tak? "Aku tak reti wat la"..salah ayat tuh, bukan tak reti sebenaqnya, tapi TAK MAU buat..Pikir balik..betul tak? Klau kita nak, apa menda pon kita boleh buat...
Namun jauh sekali la maksud aku disini, kita tak payah bersaing. Bersainglah, bersaing untuk melakukan yang terbaik!Bersaing dengan diri sendiri..Kita ni kan manusia yang hebat n we have power yg terlalu hebat..Meaning dat for everything, we can do it in the HEBAT way....betul tak? betul kan..
So, in everything, our delivery, should be hebat! Ni suma pikir logik ja...Just buang the mental block, aku tgh buang suma ni...lets do it together bebeh...bebaskan diri...n just be the best in our own way!
In everything, just believe the best will come towards u...semuanya telah ditentukan. SEMUANYA...kerja kita, BUAT. Hasilnya, bukan kerja kita, itu kerja Allah. Redha dan berlapang dada dalam setiap situasi. =]..Moga diri ni menjadi lebih mengerti dari hari ke hari.!=]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home