Friday, September 08, 2006

Aku Pelakon Pujaan Ramai!

Konflik dengan director, sbb tak bawak peranan dengan baik. Peranan sebagai adik, tapi pergi bawak peranan lain, mau director tak halau keluar studio?? Dah la gagal menghayati peranan yang dilakonkan, skript salah lakk tuh, adehhh...mmg sah kena pecat sebagai pelakon...tak sempat nak ramaikan peminat pon.
Camna leh salah skript Jie? Tak profesional langsun!..Macam mana tak salah, sbb tak hayati lah...terover hayati peranan lain, maklumlah belakon ngan ramai director weh, sbb berbakat kan...so ramailah yang hired. Sori ekk tuan director, maafkan beta! Terover lakonkan peranan Puteri Gunung Ledang.. sedangkan watak beta dalam filem tuan director ialah “Adik ku sayang”.
Selain jadi Puteri Gunung Ledang, Adikku Sayang..beta berlakon jugak dalam Filem Anak Papa,Pelajar Cemerlang, Pekerja Gemilang, Hamba Allah yang Tulus, Sahabat Sejati,dan Warganegara Yang Bertanggungjawab. So memang banyak lah skrip yang perlu dihafal...kadang2 boleh tersasul skript, sbb terobses hafal skrip lain....maafla tuan director, kadang2 beta ni terobesesi.!
Nyam nyam...so, aper rahsianya nak jadi pelakon yang baik nih?? Mueh mueh, ingat senang ker cik pelakon, kita nih kena banyak enhace diri, jgn la dok rasa diri bagus dalam membawa sesuatu peranan tuh.. “oowh, aku dah pernah belakon peranan tuh dlu, filem lama dapat sambutan ramai!”Nah boleh blah, peranan klau besa bawak pon, tapi klau tak enhance..klau tak banyak buat kajian...get lost la dari dunia lakonan!..
Jangan pernah rasa diri bagus, ingat untuk setiap peranan yang dibawak, empati mesti tinggi, kita mestilah sentiasa meletakkan diri dalam tempat org lain, sentiasa memahami orang lain...barulah boleh menjiwai watak. Untuk menjiwai, kena tulus, kena ikhlas,kena tanam semuanya dari hati, barulah lakonan yang dibawa boleh meruntun jiwa!..
Whatever buat yang terbaik, ketika kita tengah membawa satu peranan , cthnya dalam Filem Adik Sayang, lupakanlah peranan yang lain, betul2 fokus akan peranan ini, then, bila kita lakonkan Filem Anak Papa pulak, Fokus pulak yang tuh, lupakan adik sayang...bila lupa, dan menjiwai peranan Anak Papa, barulah skript akan betul2 meyakinkan! Director suka, pulangan berharga.!
Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya. (Riwayat Bukhari).
Akad Nikah Kakak Ja – Ahad, 19 November 2006
Akad Nikah Kak Linda – Sabtu, 2 Disember 2006
Majlis Perkahwinan Dua Dara – Ahad, 3 Disember 2006
Secara amnya, 3 bulan dari sekarang...SACRIFICE bebeh, SACRIFICE! Aszifaris Boleh! Aszifaris Boleh!Aszifaris Boleh!!

Pesanan dari Pelakon Pujaan : Korang berlakon Filem Apa? Muhasabah diri, Ambil pengajaran, Barulah boleh jadi Pelakon Pujaan !

1 Comments:

Blogger emma marina said...

ha, lps ni kite b'lakon filem "roomateku sayang".. i'll be ur partner.. kite bagi BOX-OFFICE pny!! yiihaa.. x sbr lak..haha

9/15/2006 11:17 AM  

Post a Comment

<< Home