Mp3 Player ni ader mic tau..?
My Muvo 512MB
Apabila Hati Yang Berkata-Kata,,,
Ehemz..

Beginikah hidup,
Kejap berduka, kejap bersuka,
Namun aku hanya milikMu,
Tak layak menyoal,
Akan takdirku.
Kuat degupannya,
Lancar perjalanannya,
Tersirap.
Akan kebenaran itu.
Menderita seketika aku disitu,
Terjelepok,
Mendengar segala penjelasan,
Yang aku dengar sendiri,
Tak perlu orang lain.
Tersirap sudah, terjelepok sudah,
Kini aku termanggu,
Kenapa begitu cepat,
Segala ini berlaku?
Maaf, bukan mampu aku untuk terus menerima,
Sudah puas aku termanggu seharian,
Merenung masa depan,
Apakah ada atau tiada kamu?
Agak berdosa, aku berasa begini,
Namun aku turut gentar,
Untuk menghadapi...
Menghadapi apa?
....................................................tiada kata-kata..
Ya Allah, tolong berikan hambamu ini kekuatan demi kekuatan,
Agak gempar aku tadi,
Setelah mendengar segala yang pasti,
Semenjak dia pergi,
Pelbagai bagai, lagi pelbagai dugaan yang kau beri,
Yang pasti, semua ini membuatkan aku lebih mengerti,
Mengenal segala jenis penderitaan,
Yang kadangkala membuatkan jiwa ini sepi,
Namun, dengan itulah bertambahnya kekuatan diri.
Halusnya jiwa ini sebenarnya,
Seolah baru belajar untuk gagah,
Sekali lagi,
Tak layak aku menyoal takdirmu,
Aku pohon,
Turunkan penyelesaian, bersama dugaan ini.
*******
Kemudian, apabila akal mengambil alih,,,,
ewahh..
"Hidup kita adalah hari ini, bukan esok atau semalam!Paham?, dah pegi wat dokumentasi sistem!"

1 Comments:
JIE stands for JIEWANG.. haha sori jie.. saya menyemak lagi..
Post a Comment
<< Home