Sunday, August 13, 2006

Hey, its U..walla!


Sucinya perasaan itu,
Lahir, tanpa perlu dipaksa,
Tiada yg menolak, tiada juga ditahan,
Ia cuma terus mengalir.

Buruknya dirimu,
Atau buruknya perilakumu,
Kadangkala, terpadam begitu sahaja,
Semuanya nampak indah,
Terutamanya ketika bersama kamu,

Cukup,
Tanpa perlu kata-kata,
Tanpa perlu apa-apa,
Cukup,
Dengan hanya melihat kamu,
Melihat senyumanmu,
Cukup untuk membuatkan aku bahagia.

Perasaan begini,
Memang sukar digambarkan,
Namun,
Segalanya indah,
Seolah fantasi sementara,
Di dunia impian.

Perasaan yang istimewa,
Bukan untuk semua,
Hanya untuk kamu,
Ia berasa begitu.

Bukan soal aku,
Bukan juga soal kau suka aku,
Tapi ini soal perasaan,
Yang mengalir tanpa paksaan.

4 Comments:

Blogger emma marina said...

cinta mengalir tanpa paksaan tetapi, seperti air juga.. andai disekat, sampai masanya ia akan melimpah keluar.. ermm merapik plak eden.. haha

8/17/2006 12:59 PM  
Blogger aszifa_aris said...

ema sambung jie punya kemerepekan..ekeke..mari kita makan kerepek...

8/17/2006 7:46 PM  
Blogger faizahrazaly said...

makan kerepek hanya sesuai utk org banyak gigi...sbb kalu takde gigi gusi akan cedera parah...menyebabkan org itu tidak lagi boleh merepek seperti kita...hahahhaha

8/20/2006 1:09 AM  
Blogger aszifa_aris said...

Mengapa puisi ini masih menggambarkan perasaan aku walaupun dah setahun berlalu?

7/24/2007 3:48 PM  

Post a Comment

<< Home